Thursday, March 19, 2009

Sangat-sangat tipikal

Yes, hari ini ada juga topik untuk diumpat dalam ruangan blog ini. Aku baru sahaja menerima sebuah komen dari insan yang aku benci. Begini bunyinya:-

Saifullah Emkay said...

Hye Man!! WANFI was HERE!! Meh Kite TAlk Same JANTAN.
IT's About Love Man.
Remember me? summit?? awal TAhun HAri Tu??
PASAL MariaNA dun Wurry. I'll Take Vrry good care 4 her.

MAcam Mane kiteorang kenal??
Nak Tahu??
KEBETULAN.

Macam MANA buley CINTA??
TAKDIR.

Tapi dia tak pernah curang berlakang kau. (stahu aku LAA)
After korang BReak Baru aku Masuk LINE.(Cucuk Jarum-Dun get me wrong bro, DIE YG START)

MUle-mule Aku maraH JUgak Sebab Aku TAU diA ada KAu. Tapi bila Tau Kisah dia (ala2 Kisah KAISARA) aku OK skit.

Aku NampaK usehe dia. LamA2 KEpala Dah Setting BLUES.
Aku Terima dIA seadanYA. Dia BErubah. PelaN2. AKU BuleH naMpAk.

WalAUpun aku TAU dia Tak SUKE biLa Aku TEGUR pasal Pakaian DIA tapi DIA iKUt. WAlauPUN MunCUNG PAnJANG sedepa (aku UKUR Pakai PemBARIS) tapi DIa TERIMA.

AKU BERSYUKUR..

Sekarang..

Dia Cuba PAKAI TUdung.(cantik MAcaM putri BUNIAN) Setiap Kali DIa PAKAI tudung rasa Macam CINTA PANDANG PERTAMA (kali keberapa pun aku tak tau laH!!)

TAPI MEMANG CANTIK!!

PASAL masa silam BUDAK ni, Aku Pun TanAk Tau Pasal aku PUN TANAK dia TAU Pasal Masa silam Aku yang berbau sampah dan Penuh taik BABI!!

Sekali baca, geram pun ada, dua kali baca, aduhai sampaikan aku malu hendak mengatakan yang kau seorang lelaki. Aku tertanya-tanya. Apakah motif yang cuba disampaikan lelaki ini?

Ini cuma assumption saja
  1. Dia ingin menunjukkan bahawasanya dia perampas yang berjaya
  2. Mungkin dia mahu menceritakan kisah bermulanya putik-putik cinta tetapi malu atau segan untuk menceritakan(aku tak suka sebenarnya orang cerita tak habis ni)
  3. Dia mahu menceritakan bahawa dia yang terhebat sehingga mampu untuk mengubah seseorang itu kepada kebaikan(Kalau ya pun, tak perlu rasanya kau ceritakan ini. Ini adalah sebahagian daripada riak dan takbur. Kau pun tahu Tuhan murka akan manusia spesis ini)
  4. Mungkin dia ingin berkawan sahaja. Tapi maaf, tiada tempat buat orang sepertimu dalam diriku.
  5. Mungkinkah dia telah berpakat untuk mengumbang-ambingkan hidupku? Sorry man. I'm more stronger now.
  6. Mungkin dia ingin berkongsi bertapa hebatnya dia pada zaman kegelapan dahulu.
Perkara yang aku tidak suka pula:-
  1. Pemuda ini tidak matang dari apa yang dilihat.(Lihat cara penulisannya. Aku tahu kerana aku telah belajar humans behaviour secara sambilan). Adakah ini boleh terima jika seorang yang akan menghabiskan diplomanya menulis seperti ini. Ya, mungkin kau rasa tulisan kau cool.'Cool' disini boleh diterjemahkan kepada 'kampung'. Paham-pahamkan ya.
  2. Pemuda ini juga tidak memberitahu motif sebenar komen ini ditulis. Ada sesiapa yang boleh memberitahuku? (selain daripada pemuda ini dan kekasihnya)
Pesanan ini ditujukan khas kepada pemuda tersebut. Tidak perlulah kau tulis sedemikian kerana segalanya tidak mempunyai perbezaan. Kau ada dia. Tidak bermakna aku kalah. Dulu ya, sekarang, aku hanya tunggu masa yang menentukan untuk aku puas berketawa sehabis boleh. Pesanan buatmu telah ku tulis di headline 'ruanganku'. Tipikal bukan?

2 comments:

  1. 1) Ya tulisan dia bukan sebagus kau. Ya dia dari kampung, kampung-kampung dia bukan lupa daratan. Kampung-kampung dia masih memiliki ciri Melayu, masih ingat pada asal-usul. Tulisan dia terlalu 'cool' tetapi tulisan itulah paling jujur. Sebagai penulis, kau yang baru saja baru mula menulis tidak perlu bongkak. Sedangkan aku ni yang sudah lama menulis, tidak pertikaikan mana-mana tulisan. Kau yang takbur dan bongkak.

    2) Alasan dia menulis, adalah kerana kau memburukkan dia, dan dia tegakkan apa yang benar, jadi tidak salah.

    3) Apa yang dia beritahu aku adalah benar, dia ingin memberi alasan

    4) Dia tak pernah ingin berkawan dengan kau :)

    5) Ya mungkin kau betul, kenapa dia harus menulis di ruangan kau. tetapi itulah saja caranya untuk berkata tentang yang benar. Dan yang benar itu kadang-kala bodoh, tetapi bodoh itu lah yang jujur. Macam kau dulu. Bodoh-bodoh kau, kau jujur juga.

    ReplyDelete