Sunday, December 27, 2009

Sila baca sampai tamat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a) Isteri tidak mendengar kata suami.
(b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan,kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN
1. Seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

2. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

3. Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.

4. Tan Sri Ghazali Jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.

5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

6. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.

7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya..harap jangan ragu-ragu dengan khabar ini, jikalau khabaran ini tidak benar sekalipun, anggaplah sekadar mengingati sesama muslim.

p/s : Point yang ingin diutarakan dalam post ini adalah pada bahagian atas dan ditujukan khas kepada golongan yang merasakan dirinya sudah cukup sempurna sifatnya dan merasakan dirinya telah mendapat kurniaan yang cukup dariNya.

Selamat pengantin baru wahai kawan baru Puteri Izura dan suami kerana telah melangsungkan upacara perkahwinan dengan selamatnya. Selamat ulang tahun yang kedua puluh juga diucapkan. Perkahwinan ini adalah unik kerana sambutan hari ulang tahun juga diadakan serentak. Yang mempersonakan aku adalah di masa hari pernikahan. Selalunya penuh kegembiraan, tetapi ini suatu kelainan. Tidak dapat dinyatakan dengan perkataan. Lebih dari kegembiraan rasanya. Lima pasanan pengantin termasuk Puteri melangsungkan pernikahan. Terkejut sebentar. Suasananya tidak usah cerita. Macam-macam ada. Dari kanak-kanak menangis bersama ibunya hinggalah gelak tawa. Tidak sunyi masjid di Damansara seperti solat terawih rasanya. Keadaan agak kelam kabut sebentar hinggakan aku tersilap ambil gambar keluarga. Malu nak mati pun ada. Biarkan sudah. Gelagat keluarga pula sangat-sangat menghiburkan. Keluarga disebelah pengantin perempuan kelakar. Mereka berasal dari Pulau Pinang dan berketurunan nyonya. Mereka bertutur dalam bahasa Melayu, tapi mempunyai tiga tahap. Tahap pertama bahasa Melayu ataupun loghat utara. Semakin rancang berbicara pula mereka menggunakan bahasa Inggeris, dan klimaksnya apabila meniggikan suara mereka bertukar kepada bahasa mandarin. Ini adalah kali pertama aku mendengar dan melihat situasi ini. Tergamam sebentar. Dan kini, selesai pula merawat gambar-gambar yang perlu dipilih Puteri. Maaf tiada hadiah, gambar-gambar ini saja yang mampu aku bagi sebagai hadiah. Apa-apa pun, terima kasih Puteri kerana menjemput.

Saturday, December 26, 2009

Okay, ini over limit.

Aku sudah tidak tertahan. Aku mahu tunggu sahaja siapa si peniru babi ini. Sekali aku dapat tahu siapa kau, nahas. Tidak kira kau perempuan bertudung, sopan atau apa lancau sekali pun. Aku tetap langgar. Kau ingat ini ya. Sekali aku nampak profil palsu, aku boleh berdiam lagi. Kali kedua dan kau bersuara serta kau berfoya-foya dengan meletakkan orang lain sebagai teman lelaki kau, aku hilang sabar. Dan kepada kau wahai lelaki, tidak perlu risau. Aku tahu kau tidak tahu mengenai apa-apa. Tapi kau silap juga. Kau tidak sepatutnya memberi kebenaran untuk dijadikan teman lelakinya bukan? Silap kau disitu, dan terusan kau bangga kerana dengan sekelip mata kau 'in a relationship'. Aku harap kau telah sedar bahawa kau dikencing hidup-hidup oleh babi betina mungkin, yang bertopengkan manusia. Dan kepada kau wahai perempuan, aku tidak akan lupa. Aku tetap langgar, walaupun teman lelaki kau pegang satu kelab atau pegang satu Malaysia dengan Tiga Line atau Double Seven yadayadayada. Jika betul itu kau, Tuhan akan tunjukkan. Aku tidak akan berdoa supaya hidup kau akan kucar-kacir. Sebaliknya, aku harap Tuhan kan melimpahkan segala kurniaan dan kemewahannya kepada kau supaya lekas kau mati dengan semua itu. Tanamkan sekali kekayaan kau masuk kubur. Itu yang kau mahukan bukan?

Buat sekian lama aku tahan, dan sekarang mungkin tidak. Kau tunggu ya.

Thursday, December 24, 2009

Hey anjing, BEHAVE.

Wah wah. Kau dail nombor aku dengan senangnya, kau tinggikan suara dengan aku tanpa usul periksa, bahasa kau pula agak cantik juga. Ditambah pula dengan nada sinis kau yang tidak begitu puas hati dengan apa yang berlaku. Ya, kau langgar aku sebenarnya. Aku ada masalah dengan kau? Seingatnya tiada. Kenapa kau berhubung dengan aku. Mana salam kau? Mana adat kau? Dan mana ciri-ciri perempuan Melayu kau? Di telefon kau memang megah. Cakap kau letup. Satu lawan satu yadayadayada. Kau sendiri telah tahu kebenaran bukan? Kenapa kau terdiam? Kenapa kau merendah suara pula? Dan kenapa suara kau seperti orang meminta simpati? Dan kenapa kau bercakap tentang mati? Jika ditakdirkan kau mati dulu pun, ingat kau bersalah dengan aku. Maaf kerana ini mungkin agak sinis sedikit. Tapi jauh dalam hati yang sabar ini, kau tak ubah macam anjing yang dibela. Anjing yang disuap dengan kemewahan. Bola dilontar, kau beraksi. Jika bom dilontar? Kau memang mati.

Aku di sini tidak akan menyuruh kau menjaga bahasa kau atau pun menyampaikan apa-apa pesanan. Aku pun tidak suka memperlakukan orang seperti acai sampah. Cuma nasihat sahaja. Janganlah kau langgar orang tanpa usul periksa. Kau nampak orang kecil, jangan sangka kau boleh makan mereka dengan bukti tak seberapa kau. Tafsirlah mesej yang cuba disampaikan oleh tuan kau. Jangan kelak kau diperguna dan diperbodohkan dengan lebih meluas lagi.

Fikirlah, dan jika kau ingin terus menjadi anjing, jadilah anjing yang berguna.

Ini sahaja untuk kau.

Excuse me?

Aku bukan acai sampah yang senang-lenang kau boleh menyuruh untuk sampaikan berita atau apa-apa sahaja. Kau berurusan dengan orang lain jangan libatkan aku. Dan jangan sebut nama aku. Sebab mungkin akan disalah tafsir dan nama aku akan busuk. Terpulang kepada individu untuk membusukkan nama aku. Aku tiada masalah. Aku tidak akan berbuat apa. Aku akan tunggu dan lihat. Seterusnya aku akan bergelak besar. Ha-ha.

Kesempurnaan.

Bila geram dan marah mula menguasai. Perbodohkan segalanya. Buat apa yang hati suka. Persetankan kesan yang mungkin dihadapi kelak. Memang selalunya begitu dan tak pernah pudar. Siapa yang tidak suka bertengkar. Sesetengah tahan dan ada juga yang tidak tahan. Melepaskan segalanya tanpa pemikiran yang waras, tanpa mengira hati yang dicemuh. Memang seronok. Rasa seperti kau tembak semua orang yang kau benci. Ironiknya, aku. Biar pun sebulan sekali atau pun setahun sekali, aku tidak pernah suka bertengkar. Tapi dengan kebodohan aku sendiri, ia datang tanpa diduga. Gaduh itu, gaduh ini. Semuanya berpunca dari aku. Mungkin aku seorang saja yang tidak cukup sempurna. Kalau pun bertengkar, aku ingin menamatkannya secepat yang mungkin. Semak di kepala sesemak tempat pembuangan sampah. Salah aku juga. Ya, aku mengaku. Aku tidak pernah betul dan disebabkan itu, aku kena. Memang padanlah.

Maaf, aku tak dapat menjadi sesempurna yang kau inginkan. Tapi aku sedang mencuba. Keputusan di tangan kau. Senang saja. Terima atau pergi. Itu sahaja. Aku tidak mampu untuk memutuskan apa-apa. Kerana aku terlalu sayang. Sudah sayang, semua benda buta, semua benda boleh jadi. Maaf kerana semua salah aku. Bukan kepada kau saja, ini ditujukan kepada rakan sekalian, kecuali orang yang aku tidak pernah berhenti membenci. Aku tidak pernah memaafkan kau dan aku tidak pernah lupa. Aku ingin kau rasa perkara yang sama aku rasa. Aku mungin dikatakan baik. Terpulang. Tapi aku tetap mendendam. Pergi mati apa orang mahu kata. Hak aku untuk berdendam tiada seorang boleh halang. Termasuk ahli keluarga mahupun orang tersayang.

Wednesday, December 23, 2009

Pullman Resort Lakeside.





Lupa pula. Inilah aktiviti untuk hari ini. Kak Salmah ajak bergambar. Ke Putrajaya lah kami. Pegi Pullman Lakeside lagi. Sudah tiga kali pergi. Tidak mengapa. Kak Salmah pun tidak pernah ke sana. Gambar Masjid Putrajaya tidak ambil pula. Kakak pula buat hal. Dia wat tau jalan nak ke Putrajaya. Dia silap. Terus ke KLIA pula. Terima kasih lah kerana kami berjaya mengeluarkan duit tol dan minyak. Elok-elok boleh sampai ke Putrajaya tidak sampai lima minit, mahu satu jam juga lah baru sampai. Biarlah. Sampai juga.

Bodoh seribu kali bodoh.

Kau mahu mengumpat. Tapi kau tidak 'private'kan apa yang kau umpat. Kau ni sudah terlalu bodohkah? Nama aku pula yang dijaja. Atau pun kau sengaja untuk menjadikan ianya tontonan umum? Secara jujurnya disini, aku tidak kisah. Cakaplah apa kau mahu. Sikit pun aku tidak terganggu. Semua orang mampu berfikiran wajar sewajarnya dan mampu menilai apa yang kau lakukan. Cuma aku kasihankan kau dan kroni-kroni kau saja. Tidak begitu matang gamaknya. Si batu api pulak menjengkelkan. Harap bertudung saja. Perangai, Tuhan saja yang tahu. Segelintir sudah tahu betapa hebatnya kau memutar kata. Untuk meminta simpati mungkin. Sungguh tak malu. Oh lupa, kau tidak malu kerana kau mampu menutup semua kemaluan kau dengan duit agaknya. Kita lihat. Sampai syurga atau tidak kau dan duit kau. Bila kau jatuh, aku berdiri megah depan kau, dan ketawa sekuat-kuatnya. Aku mahu berguling sekali jika diberi kesempatan.




Memang lawa. Tapi aku ada teman wanita. Haha. Aku bosan sebenarnya. Haih

Adat pun adat juga, kau pun tahu salah kan.

Siapa yang tidak panas bila masa bertikam lidah? Orang cakap itu ini, kau tahukah itu betul atau tidak?Yang paling pantangnya, orang bersuara tentang kawan atau orang tersayang. Back-up mem'back-up' sudah setahap dengan adat Melayu. Tidak akan luput dek zaman kononnya. Menyebelahi dan mengetahui akan cerita sebenar tidak mengapa juga. Ini menyebelahi secara membuta tuli atas alasan kawan baik, kekasih dan yadayada. Yang peliknya, empunya diri sendiri tahu menyebelahi tanpa mengetahui hal sebenar adalah salah. Perbodohkan saja dan teruskan mem'back-up'. Inilah adat dunia. Oh silap. Adat tipikal orang kita. Otak yang berguna disimpan untuk tahu tahu tujuan apa. Sebaliknya, berfikir dengan kepala lutut.

Maaf kata, ini ditujukan khas kepada golongan yang sukar diramal dan sensitif bergelar hawa. Adat Melayu semua pertahankan supaya tidak luput. Sila luputkan adat kita yang satu ini ya.

Tuesday, December 22, 2009

Selamatkan? selamatkah?

Seorang rakan tampil untuk bertanya dan aku tak tahu dikalangan ramai rakan-rakannya, kenapa dia memilih untuk tanya aku. Begini soalannya.

"Apa yang dimaksudkan oleh seorang lelaki jika dia berkata, dia penat, dan letih untuk memberikan perhatian kepada si dia."

Secara jujurnya, aku tidak tahu. Pemikiran seseorang jauh berbeza dengan individu lain, dan kebarangkalian mereka mempunyai pendapat yang sama juga jauh bezanya. Adat sesuatu perkara, mesti ada baik dan buruknya. Aku tidak mahu beranggapan negatif atau pun memburuk-burukkan mana mana pihak. Keanehan sifat seseorang mungkin berpunca dari ketegangan negatif, dan akan bercakap secara membabi buta sahaja. Semua orang sama, begitu juga engkau. Mengalah memang sifat mulia. Tapi sampai bila? Kau sanggup menjaga hati seseorang tanpa menghiraukan hati kau sendiri. Sayanglah diri sendiri seperti kau sayang dia. Tak berbaloi kau bertindak bodoh. Dengan cara mengalah, kau ingin selamatkan hubungan kau dan dia, tapi selamatkah?

Apa-apa pun, cinta itu buta. Nak buat macam mana. Terima saja.


Kenapa dengan website blogger ya?

Bingung sebentar. Habis digodek blog ini, hasilnya, semua ruangan ditepi telah hilang. Ingin aku godek buat kali kedua. Tapi butang untuk ke layout pula hilang. Bodoh sangat ini. Sekarang aku terpaksa menghabiskan beberapa jam, mungkin hari untuk membuat balik blog ini. Semuanya hilang termasuk blog mereka-mereka yang aku ikuti dan juga gambar sayangku. Semuanya hilang. Dan aku tak harapkan butang help d atas sebelah kanan itu akan banyak membantu. Nasib baik blog ini tiada nombor hotline yang bole aku telefon. Jika ada, memang basahlah ganggang telefon dengan air liurku. Sabar Ikhwan. Kalau berulang lagi, aku akan delete blog ini dan akan menetap di ruangan terbaruku.

Monday, December 21, 2009

Buka mata pun tak guna, buka minda ya.

Kenapa aku suka menaikkan bangsa Melayu di sini? Kau marahkah? Aku tidak akan bangkitkan hal ini jika aku tidak pernah merasainya. Aku telah rasainya setiap hari. Walaupun tidak begitu penting, tapi janji tetap janji bukan? Apatah lagi janji yang boleh mengubah seseorang.

Kenapa orang lain boleh mengotakan janji, tetapi tidak kita? Aku menyalahkan diri sendiri juga kerana sering kali tidak mengotakan janji. Setidaknya, aku sedar akan kesalah daripada yang buat bodoh saja. Sebab naiknya nama Melayu ini adalah kerana, kebanyakan bangsa 'kita' sahaja yang melakukannya. Aku pernah bergaul dengan bangsa lain. Jelas lebih bagus daripada kita. Jadi, tidak hairanlah jika kita perasan mereka lebih maju dari kita dan kita cuma suam-suam kuku saja.

Tepuk dada, dan jangan tanya selera. Tanya hati, kau mahu terus tersepit atau mahu bergerak bebas. Dan aku rasa tidak perlu untuk meminta maaf untuk ini. Itu sahaja.

Thursday, December 17, 2009

Luaskan yang sempit, jangan sampai kekal tersepit.

Mari sembang kosong.

Hello, aku Melayu dan aku bangga menjadi anak Melayu. Kau? Tapi jangan sampai bangga diri dan terlalu bermegah-megah sehingga jadi Melayu berlagak di bibir orang. Melayu ada dua puak. Satu 'pure' Melayu dan satu lagi Melayu celup. 'Pure' Melayu disini adalah golongan Melayu yang berkelakuan baik dan tidak banyak menyusahkan puak-puak yang lain, serta tidak menceroboh 'ruangan' masyarakat dengan membabi buta. Melayu celup pula sebaliknya. Kau silap jika mengatakan bangsa lain paling pandai jika sample untuk seluruh Malaysia diambil. Bangsa yang paling bijak seluruh Malaysia adalah bangsa kita, Melayu sendiri. Kebanyakan orang kita lebih banyak memegang status diploma dan degree. Malah, hampir keseluruhan populasi bangsa Melayu di Malaysia memegang PHD. Hebat bukan? Golongan yang mendapat status ini adalah golongan bijak pandai yang tidak boleh dinafikan.

PHD jika di terjemahkan kepada bahasa Malaysia adalah Perasaan Hasad Dengki. Faham? Cukup pandai menjatuhkan orang lain, cukup pandai menghidu peluang untuk menyusahkan orang lain, cukup pandai bermain bomoh. Orang sebelah buka gerai, kita mahu buka juga. Tak salah bukan? persaingan yang sihat. Orang kedai sebelah panas kerana kedai kita laku, dibomoh-santaukannya kita. Dihantar anjing-anjing untuk menjadi mata-mata. Hantar juga pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan, padahal, tanah, lesen perniagaan, jenis makanan semua tidak menjadi masalah bagi semua. Masalah pokoknya Melayu yang dengki.

Orang punyai kediaman lengkap dengan segalanya. Kau dengki kenapa? Hak kau tidak dipertaruhkan untuk mendapatkan kesenangan sendiri. Sebaliknya, Hasil dari titik peluk keringat sendiri. Tidak puas hati, buat kerja kotor. Pecah masuk, bomoh, santau dan sebagainya. Memang pandai. Semakin senang hidup seseorang, semakin tumbuhnya cendawan-cendawan dengki dalam hati individu lain. Itulah hipotesisnya.

Maaf kata, yang bodoh itu Melayu, yang pandai itu juga Melayu

Wednesday, December 16, 2009

Geram bahagian (3)

BODOH.BODOH.BODOH

Kau memang bodoh. Masalah ada orang macam kau.

Tuesday, December 15, 2009

HTC Touch Diamond 2 for sale






HTC Touch Diamond 2




Model

- HTC Touch Diamond 2 T5353



Condition

- 89% scratchless, fully functioning Windows Mobile System



Phone's Application

- WIFI

- Bluetooth (beam file)

- Fully touch screen



In addition

- Micro SD HC 8GB memory card

- Getting Started Windows Mobile CD

- User Manual & Sprite Backup CD

- Unfill & unsign warranty card

- Original phone charger and USB cable (attached together)

- HTC phone cover



Reason for selling

In need for cash to buy DSLR camera gears

*thumb prints can be remove easily with a damp cloth

Geram bahagian (2)

Akak mengandung : Dik, nescafe panas satu eh

Aku : Nescafe 'o' ke susu kak?

Akak mengandung : Dik, kalau akak kate nescafe sahaje, maknanya ada susu. Akak tak cakap 'o' kan?

----------------

Weh PEREMPUAN. Kau boleh cakap elok-elok tak? Aku sangat pantang la orang melenting tak pasal-pasal dengan aku. Kau tu dah la sarat mengandung, bersopan la sikit. Kau ingat sebabkan kau mengandung kau boleh langsi dengan orang suka hati anak kandung kau? Kau fikir kau kerja di CUCMS, kau rasa kau dah bijak pandai?

Jangan ingat kau pandai la bodoh. Aku shoot kepala kau, baru kau tau.

Monday, December 14, 2009

Beri perhatian.

Saye berpindah di sini.

Harap maklum.