Sunday, April 05, 2009

Malam Begemerlapan

Ini adalah malam makan malam fakulti Business Studies. Aku pun turut serta setelah dua semester aku mendiamkan diri. Berlangsung pada Selasa lepas. Maaf lambat. Al-maklumlah tidak dapat melayari internet. Sekarang broadband kembali pulih. Secara tidak langsung pocket money aku adalah sikit untuk membeli nyawa.

Berikut adalah keadaan dimana malam yang tidak mengikut/menepati apa yang dikehendaki

Ini adalah rakan sebilik aku. Dia membuat persembahan. Gentle dia memang ada bakat. Dah la atas stage seorang diri. Layan sungguh lagunya. Dia mempunyai suara. Tak hairanlah. Orang kata sesiapa yang mempunyai gigi yang tidak pandai beratur boleh menyanyi. Aku? *teng*


Ini Intan. Ada juga yang memanggilnya Syakira. Aku kenal melalui Leen. Dia juga memiliki hobi yang sama. Ada geng lah kalau mahu kemana-mana. Tolonglah jangan buat dia bercakap kerana mustahil untuk dia berhenti. Haih. Dah la aku tak suka berdebat. Nak menang punya pasal terpaksalah.


Naemah-Is-*-Naz
Aku tidak tahu berposing ketika mengambil gambar. Ini saja yang mampu aku buat. Ada masalah? Disebabkan aku pemilik kamera, aku hanya tahu mengambil gambar sahaja. Lemah betul.

Ini Redzuan. Orang panggil Dato' sebab dia gemar berpakaian ala-ala orang berkerjaya yang mempunyai kereta dan perut yang besar. Outfit ditaja oleh aku dan Ajim dan tidak tahu siapa yang menaja vestnya.


Nama dia kalau tak silap aku Fatin Suhana. Top ten list la dalam UiTM Jengka. Dah la cantik, pandai nyanyi, pandai, pakai tudung pula. Pakej habislah. Dia ni pun macam trend setter jugak lah. Dia pakai Honda Jazz. Tup-tap, semua nak ikut. 'Barulah Fatin Suhana'


Antara Hot Momma yang memeriahkan lagi makan malam tahunan fakulti kami. Aku tidak kenal kesemuanya. Seorang saja Fatin *dua dari kiri* sebab dia rakan kepada rakan. Aku kenal pun macam itu saja. Tidak pernah lepak sama. Kelas biasa semuanya macam tidak nampak. Bila dinner, ambik kau. Mereka saja yang orang nampak.


Mereka ni adalah sebahagia pendatang tanpa izin. Dah la masuk tak bayar. Duduk diam jangan buat haruk sudah. Nasib baik tak dapat makanan.

Secara amnya, ada yang best ada juga yang kureng. 50-50 sudah. Aktiviti yang dianjurkan bosan. Bayangkan meja aku tidak dapat nombor untuk cabutan bertuah langsung. Ada ke patut. Yang bestnya pula adalah sesi bergambar. Memang tidak mempedulikkan host yang ada. Host pun bosan juga. Tak tahulah apa punya lawak yang mereka pakai hinggakan crowd dipaksa untuk bergelak sama. Seperti yang di dalam gambar, aku langsung tidak menepati tema yang dianjurkan. Aku tidak suka. Kusutlah nak cari itu ini. Pakai t-shirt hitam sudah. Good guys wear black okay. Tapi aku ada bawa sekali jacket aku in case.

1 comment: