Sunday, September 13, 2009

Perhatian kepada umat yang bernama Effa Izzati :)

Maaf rakan, kegembiraan tehenti seketika untuk memberi lalu kepada post yang ditujukan khas untuk satu-satunya umat Islam yang bernama Effa Izzati. Kau mahu bersembang bukan? Mari.

Aku mahu tegaskan yang di sini bukalah laman web untuk bersosial dengan rakan mahupun menjaja nama dan memburukkan orang lain. Kau mahu berborak? Mari kita berborak professionally okay? Sekarang ini, umat Islam sedang berpuasa, jadi aku tidak mahu mengotorkan mulut aku dan memperbesarkan dosa yang telah lama besar dengan mengutuk saudara seagama sendiri seperti kau. Tak guna bukan? Terpulanglah kalau kau tidak mengaku aku adalah seorang saudara. Pokoknya disini, aku seorang Islam. Jika kau bukan saudara, kau seorang apa? Kafir yang dilaknat Allah? Maaf, itu cuma andaian sahaja :)

Tahniah diucapkan kerana kau menghampiri alam kerjaya. Akan menamatkan degree dalam jurusan perundangan. Tidak dinafikanlah, kau memang pandai dalam pembelajaran. Apa yang ingin aku tegaskan disini, perbalahan antara kita. Wahai bakal peguam, tolonglah fikir dengan penuh kesedaran diri, kita tidak mungkin akan bertekar jika tiada kata-kata sinis yang melibatkan aku bukan? Kata-kata seperti "muke macam katak cirit-birit" dan "hidung penyek, telinga capang" mahupun "muka macam jahanam". Lihat kembali post yang kau tulis. Pernahkah kita sempat bertegur sapa atau berjumpa? Aku rasa, frasa 'jangan menilai buku dari kulitnya' pernah kau gunakan dalam kehidupan seharian bukan? mengapa kau tidak menggunakannya sekarang?

Untuk menjadi seorang peguam yang berjaya, kematangan diri perlu ada. Tidak perlulah jadi seperti budak sekolah berumur 12 tahun yang masih menetekkan susu ibunya. Maaf jika kau terasa. Tetapi itulah hakikatnya. Isu mencuri baju ni terlalu basi untuk kau heboh-hebohkan. Siapa yang akan percaya isu remeh seperti itu? Semua orang telah membesar wahai saudari. Satu-satunya benda penting yang kau perlu ada adalah pemikiran yang rasional. Kau fikir ini ya, si dia yang kau tuduh mencuri, kau sendiri mengaku yang dia seorang yang berasa, masakan dia mahu mencuri lagi? Tidakkah itu bodoh?

Isu kepandaian pula. Maaf jika aku tidak setahap dengan kau dari segi pembelajaran. Aku masih terkangkang untuk menghabiskan satu tahun alam diploma lagi. Jurusan perundangan memang mencabar. Kau memang hebat kerana sanggup menyahut cabaran. Tetapi dunia tidak semestinya adil bukan? Ingat ini, kau tidak mungkin akan berjaya jika kau pandai diatas kertas sahaja. Bayangkan, siapa yang akan mengupah seorang peguam yang penuh dengan hasat dengki dan seorang yang tidak boleh melihat kesenangan orang lain di hadapan hidung sendiri? Mungkin kau akan berjaya, tahniah diucapkan. Mungkin tidak kerana Allah Maha Kaya dan Mengetahui

Kau ternyata silap kerana menaik dan mengaibkan sebuah keluarga Islam. Aku sudah mengimbas blog kau. Menarik. Kau mempunya seorang bapa yang bersongkok, seorang ibu yang suci mukanya. Tapi apa mereka akan kata jika mereka sendiri melihat blog kau? Mungkinkah "inikah anak aku Effa Izzati? Eh tak mungkin, anak aku baik. Dia tak kan buat begini" Kasihan mereka. Lebih baik kau membunuh orang daripada kau memfitnah benda-benda besar sebegini. Lebih ringan lagi, Baik kau berbuka puasa. Rugi sahaja. Dan tidak perlulah jaja nama aku dalam segala laman web myspace facebook friendster etc. Untuk pengetahuan kau, Balow rakan rapat kau adalah kawan aku dan dia juga adalah rakan sebilik aku untuk sem ini. Terkejut bukan? :) Mahu berjumpa? Mari. Tarikh telah ditetapkan bukan?

Secara tuntasnya, jangan menunding jari ke orang lain atas kesalahan dan kesilapan diri sendiri. Malu bukan? Bagaimana hendak menutup muka yang sudah malu? Kau sendiri yang tentukan. Sekali lagi, maaf jika mulut orang yang berpuasa dari segala umpat-mengumpat dan kata-mengata ini sedikit sebanyak terlanjur kata.


Mahu sembang lagi? Aku tunggu :)

Salam.

3 comments: