Saturday, December 12, 2009

Hey orang kaya, perangai kamu buruk lah.

Encik H : Ni daging lembu dari mane? India ke?

Kak A : Tak tahu lah saye tuan.

Encik H : Kalau dari India saye tak makan. Daging ni segar tak? Kalau tak segar pun saye tak makan.

Kak A : Segar rasenye sebab kami beli di pasar borong selalu.

Encik H : Takpe lah kalau begitu.

Saye : Nak ikan tuan?

Encik H : Ikan ape ni?

Saye : Ikan tenggiri masak sambal tuan.

Encik H : Ikan ni on diet ke? Kenape kecil-kecil je?

Saye : Haih. Kami beli banyak tuan.potong sikit-sikit, so lagi banyak la. Kalau tuan rase tak cukup, saye boleh bawakkan pinggan, saye letak ikan ni dalam pinggan bagi tuan.

Encik H : Takpe la.bagi saye dua ketul cukup la.

Puan X : Tisu dah habis ke?

Kak S : Ade lagi puan. Sebentar saye ambilkan.

Puan X : Sudu garpu pun habis jugak ke? gelas? pinggan? Haih

Kak S : Puan, dalam invoice tulis guests cuma 50 orang saje. Sekarang ni, kami sengaja lebihkan. Kami bawak seratus set semuanya. Kami kira balik, guests yang datang lebih dari seratus. Puan sabar ye. Kami tengah cuci pinggan sikit kat belakang.

Puan X : Ye lah. Cepat sikit.

-------------------

Wahai golongan orang kaya-raya, salah siapa? Gunakan kekayaan anda-anda untuk membuat sesuatu dengan terancang. Terancangkah percaturan anda? Salah kami? Pergi mati. Kami bukan mengemis seungkap 'terima kasih'. Cuma lebih elok kalau diucap dengan ikhlas bukan?

Dan, boleh bersopan tidak? Songkok lebih besar dari otak agaknya.

2 comments:

  1. suka ayat bawah sekali (:

    "songkok lebih besar dr otak agaknyer"

    hahaha.

    ReplyDelete