Thursday, December 24, 2009

Kesempurnaan.

Bila geram dan marah mula menguasai. Perbodohkan segalanya. Buat apa yang hati suka. Persetankan kesan yang mungkin dihadapi kelak. Memang selalunya begitu dan tak pernah pudar. Siapa yang tidak suka bertengkar. Sesetengah tahan dan ada juga yang tidak tahan. Melepaskan segalanya tanpa pemikiran yang waras, tanpa mengira hati yang dicemuh. Memang seronok. Rasa seperti kau tembak semua orang yang kau benci. Ironiknya, aku. Biar pun sebulan sekali atau pun setahun sekali, aku tidak pernah suka bertengkar. Tapi dengan kebodohan aku sendiri, ia datang tanpa diduga. Gaduh itu, gaduh ini. Semuanya berpunca dari aku. Mungkin aku seorang saja yang tidak cukup sempurna. Kalau pun bertengkar, aku ingin menamatkannya secepat yang mungkin. Semak di kepala sesemak tempat pembuangan sampah. Salah aku juga. Ya, aku mengaku. Aku tidak pernah betul dan disebabkan itu, aku kena. Memang padanlah.

Maaf, aku tak dapat menjadi sesempurna yang kau inginkan. Tapi aku sedang mencuba. Keputusan di tangan kau. Senang saja. Terima atau pergi. Itu sahaja. Aku tidak mampu untuk memutuskan apa-apa. Kerana aku terlalu sayang. Sudah sayang, semua benda buta, semua benda boleh jadi. Maaf kerana semua salah aku. Bukan kepada kau saja, ini ditujukan kepada rakan sekalian, kecuali orang yang aku tidak pernah berhenti membenci. Aku tidak pernah memaafkan kau dan aku tidak pernah lupa. Aku ingin kau rasa perkara yang sama aku rasa. Aku mungin dikatakan baik. Terpulang. Tapi aku tetap mendendam. Pergi mati apa orang mahu kata. Hak aku untuk berdendam tiada seorang boleh halang. Termasuk ahli keluarga mahupun orang tersayang.

No comments:

Post a Comment