Wednesday, January 20, 2010

Ikut logik akal lah.

Ingat tak isu tentang perahu naga yang masuk berita dan surat khabar? Dah masuk dua hari rasanya jadi isu. Dari satu, ke satu isu. Paling best skali isu saman menyaman. Siapa yang tak suka failkan saman. Silap-silap dari papa kedana boleh jadi OKB. Yang aku tahu, pihak ibu bapa mahu saman sekolah. Tapi, relevenkah sekolah disaman?

Tak silap aku lagi, benda ni jadi berdekatan kawasan pelabuhan. Ramai kata kawasan itu bahaya. Termasuk lah nelayan dan yadayadayada. Keluarga mangsa pun berkata perkara sama. Tak tahu lah sama ada pihak sekolah tahu atau tak di sana bahaya. Tapi secara kasarnya, semua sumber kata bahaya. Jadi pada pandangan aku bahaya juga lah. Kemusykilannya disini, macam mana anak-anak ni boleh diberi kebenaran untuk main perahu naga ni? Tak mungkin lah dia pergi secara senyap-senyap sebab mereka di bawah pengawasan pihak sekolah. Kenapa mak bapak budak-budak ni bagi kebenaran untuk pergi sedangkan mereka tau tempat tu bahaya. Jadi, dari sini, aku tiba-tiba ghairah nak buat andaian aku sendiri. Tak tahu lah betul atau tidak.

Mak bapak kepada budak-budak yang dah meninggal tak patut saman sekolah. Saman sekolah atas sebab kecuaian sekolah. Tak bagi budak-budak ni pakai safety jacket. Kita sendiri pun tak tahu samada pihak sekolah tak bagi, atau budak-budak ni tak nak pakai, atau pun mereka sudah pakai, tapi tak berapa nak kemas, lalu tertanggal masa kejadian atau sebagainya.

Pokoknya di sini, kenapa mereka-mereka yang sudah mati ini diberi kebenaran untuk main perahu naga sedangkan pihak keluarga sendiri tahu tempat itu bahaya. So, fikir la sejauh mungkin. Isu ni tak ke mana pun sebenarnya.

No comments:

Post a Comment