Friday, January 08, 2010

Melayu bahagian (4)

I : Pak C, saye baru beli bola ni. Ade dua biji.

Pak C : Bagi Pak C la. Jangan bagi Pak U simpan. Nanti dia pergi jual bola ni nanti.

Punya lah busuk hati Melayu seorang ni. Tak kan lah orang tua tu nak jual. Ayah bagi tempat tinggal, bagi duit hari-hari. Kau pula simpan bola buat pekasam. Lepas tu mengadu malu sebab bola yang lain sudah tak rupa bola. Masalahnya, kenapa perlu mengata. Kau ada bukti dia buatkah? Setakat main tuduh, semua hebat.

Tadi mak pegi Giant beli barang untuk tolong Kak Asrin kahwin esok. Mak nampak kotak yang tak pakai. Tanya orang Giant nak ambil satu. Datang pulak mak cik yang tak seberapa buka mulut. Tak boleh ambil lah, nak jual lah, nak itu lah ini lah yadayadayada. Masalah mak cik Melayu seorang ni pula tiada budi bahasa. Tersangatlah boleh kalau kau tanya dengan lembut, minta dengan sopan. Ni kau jerit terpekik. Apa motif? Nak bagi semua orang tahu yang kau berkuasa boleh jerit di muka orang sedap gigi kau saja? Tidak mengapa, esok aku ke sana, mahu pulangkan kotak koyak berharga yang kau idamkan itu. Kau tunggu aku bahasakan kau pula. Mentang-mentang mak kecil, kau fikir kau hebat. Sedar ya, kau tu sekuriti pasaraya saja. Mak tak batak nak kotak usang kau itu. Mak boleh beli sendiri. Cuma malas nak berkejar ke sana ke sini. Baru jadi sekuriti, dah berlagak gila kuasa. Belum jadi perdana menteri. Silap nanti kotak-kotak satu Malaysia ini kau punya juga. Agaknya, ini lah contoh Melayu moden. Otak hilang.

3 comments:

  1. ini lah org melayu kita:)
    benci sangat.

    ReplyDelete
  2. Aku pun melayu, malu bile ada yg bodo camtu.

    ReplyDelete