Sunday, January 31, 2010

Selamat hari jadi wahai kekasih hati.











Selamat ulang tahun sayang. Besar sudah. Kahwin saja belum. Nanti okay sayang. Azab yang tak seberapa dapat diredah dengan jayanya. Bertemu keluarga sayang macam dapat green light. Tuhan saja tahu apa hati rasa. Makan malam di Avanti Sunway. Tempatnya mempunyai kelas tersendiri. Makanan jangan cerita. Kau order saja, memang tepati cita rasa. Kecuali aku punya sebab aku order ala kadar saja. Tak perlu demand sangat. Satu keluarga yang aku tak tahu nak cakap bagaimana. Sangat gembira boleh kata. Cukup menyenangkan. Terima kasih sayang sebab jemput. Sepatutnya ada sesi kedua di Hotel Concord. Tapi macam biasa, jam loceng di rumah berbunyi. Kena balik macam tu saja. Lain masa nanti mungik ya sayang.

Kepada sayang, selamat hari jadi sayang. Maaf kerana hadiah yang tak seberapa. Tu saja yang I mampu bagi sebab, you pun tahu kenapa. Apa-apa pun, I sayangkan you sangat-sangat. Tak terkata I sayang you. Tapi dah banyak pula I berkata. Tak mengapalah. Yang penting you tahu. Jangan tak tahu dah la. Ish, apa yang aku cakap ni. Haih. Hujung minggu ini, cukup sepurna. Makan malam bersama keluarga bakal mertua (harap-harap lah) dan keesokan harinya (hari ini) berdating pula. Macam biasa, kami berdua hantu filem-filem baru. Kali ini kehantuan kami terserlah dengan memovie-marathonkan diri. Main buli-buli lagi, dan sebagainya. Hari jadi sayang yang tak mungkin aku lupa.

1 comment: