Wednesday, February 17, 2010

Petang tadi punya cerita.

Hari ni ke Cyberjaya tolong ayah jaga cafeteria di sana. Petang pula pergi ke DigitalMall di Petaling Jaya dengan Kakak, Kak Aisyah dengan Kak Salmah. Kak Aisyah baru beli kamera dslr yang baru. Sangat teruja sampaikan suruh datang cafe semata-mata untuk ajar dia. Layankan saja. Time nak pergi ke Petaling Jaya, mulalah borak. Yadayadayada, Kak Aisyah buka cerita pasal boyfriend girlfriend. Tak mengapa. Sebab semua minda terbuka, buka saja cerita. Macam mana boleh bersama, macam mana boleh berpisah, macam mana itu macam mana ini.

Tapi bila sampai bab bercinta, semua ada andaian sendiri. Tapi lapan puluh peratus andaian sendiri tu sama. Tak pernah lari dari adat dunia. Adat bercinta tak pernah manis kalau berpisah kecuali orang bodoh saja. Yang paling tak masuk akal 'You ni terlalu baik untuk I la'. Fuck off, ayat basi habis. Jadi kau mahu bakal lelaki kau yang nakal-nakal saja lah. Kalau orang nakal nanti tarik muka pula. Cakap curang lah apa lah. Bila tak cukup nakal pula ditinggalkan. Kak Aisyah pun mengiakan juga. Aku pun tak tahu. Dari cerita dia, dia pun pernah banyak kali bosan dengan lelaki. agak tak suka tinggal. Bila dah kena dengan batang hidung sendiri baru perit rasa empunya diri. Padan muka juga. Sebab tu lah aku rasa Kak aisyah tak kahwin lagi. Cukup sekali aku dah pernah kena. Ini aku tidak cerita, tapi datang dari mulut perempuan juga. Kata meraka, perempuan macam cuaca. Susah nak ramal. Kejap baik kejap gurh petir kilat semua ada. Pemikiran perempuan lebih satu kilometer jauhnya dari pemikiran lelaki, sampaikan benda tak patut pun fikir juga. Sebab tu perempuan banyak mengalami kemurungan atau lemah semangat. Fikirlah bukan-bukan lagi. Tapi sekarang semua dah berubah sebab sayang ada. Dia tak macam bekas-bekas yang lama. Jujur kata, tak boleh pakai semuanya. Menyesal aku semenyesalnya. Siapa mahu mengadu pada mereka, pergilah. Tak batak langsung.

Kak Salmah dengan Kak Aisyah nak tolong cucuk ayah. Ayah ni senang sikit kalau nak bandingkan dengan mak. Provoke sikit saja terus fikir nak dekat satu jam. Payment sudah dapat, bila lagi mahu merasa kereta sendiri kan. Selalu kereta kakak, nak keluar kena tanya. Kalau ada kereta sendiri, siapa mahu halang. Perancangan memang rapi. Jaga hati ayah, tak mintak apa sampai sekarang semata-mata untuk lepaskan sebiji kereta. Harap-harap lah. Ya lah, Kakak dapat kereta. Aku pun mahu juga. Kakak tak payah bayar duit bulan-bulan. Kalau aku perlu bayar, terpaksalah cari duit kocek lebih sikit. Danial dapat motor idaman sebiji. Aku? Tapi kalau tak dapat pun tidak mengapa. Aku tanak berharap. Macam sebelum ni. Harap punya harap, habuk pun tak dapat. Kalau ada rezeki ada. Kalau tak ada tunggu saja sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment