Friday, March 05, 2010

Ikutlah apa orang cakap lain kali

Kan dah kena dah. Dulu bukan main, suara kau dengar dari Johor sampai lah ke Pahang. Sekarang? apa sudah jadi? Mungkin ramai yang tak dengar lagi. Tapi aku sudah dengar. Aku dah pernah nasihat dulu, tapi taknak ikut. Tak apa lah. Suka hati lah. Sekarang dah jadi macam ni, Siapa susah? Kau juga. Taubat sekarang pun dah tak guna kan? Apa yang tinggal cuma prosedur-prosedur penting sahaja. Lain kali, jangan dibawa main perkara yang remeh. Nanti kau menangis kemudian hari. Diam-diam aku berisi juga walaupun slim. Jadi, hutang kau dengan aku belum dan tak pernah langsai lagi. Baru kau tahu padahnya petik-petik nama orang ni. Tak elok dalam Islam. Sedangkan Nabi ampunkan umat? Sorry la. Aku bukan Nabi, dan yang paling penting, aku tak pernah kenal kau. Jadi, bersiap sedialah ya. Oh, kepada yang lain kalau terasa, bersiap sedia juga. Macam ni baru lah cara nak mengajar orang sebenarnya. Kalau tak buat, lagi pijak kepala. Dah buat, bau longkang kuat juga, silakan lah. Kita pergi second round pula. Selamat berjaya ya.

Dan dengan segala hormatnya, bayangkan lah muka aku, sambil bertepuk tangan, bersorak dan senyum sinis depan kau. Wink. Ya, aku pendendam. So what?

1 comment:

  1. its common lar jep, to them, advices are cheap. only the wise would take it valuable :)

    ReplyDelete