Saturday, March 21, 2009

Aku tidak tahu mahu tulis apa sebenarnya

Aku tidak selalu melayari internet tika ini kerana broadband ada masalah dan komputer ribaku telah rosak. *bukan rosak sepenuhnya, internal LCD telah retak kerana laptop terlepas dari genggaman ketika berjalan* Minggu ini penuh dengan aktiviti. Tapi hari ini tidak begitu banyak. KRISTAL hampir melabuh tirainya. Asyik keluar saja. Duit pun begitu juga.

Dan kepada kau, aku mahu hentikan semua ini. Aku malas mahu bertikam lidah dengan kau. Sebab ianya tidak akan berakhir hingga ke akhir zaman. Aku tidak kalah. Aku cuma malas, dan ianya akan merosakkan lama blog aku saja. Banyak lagi yang harus aku buat selain melayan kerenah cetek. You've grown up now. Act like one okay?

Bini aku sehat lagi, masih menjalankan kerjanya. Tetapi tidak boleh memuat turun gambar kerana laptop tergendala. Payahnya jika perkara sebegini berlaku. Tapi bagus juga. Aku harus meneruskan pelajaran yang telah lama ditinggalkan.

MU kalah lagi. Tidak mengapa. Still on the top of the league table.

Aku mahu berjaya. Tapi malas. Macam mana ni. Haih

No comments:

Post a Comment