Friday, March 20, 2009

Mahu lawan?

Seperti apa yang aku sangkakan, ada juga komen-komen sinis yang hinggap di laman ini. Ingin ku tegaskan. 'Lumrah Dunia'. Kau tahu? Telah menjadi lumrah dunia dimana seseorang itu akan menyebelahi orang yang mereka sayangi bukan? Sit back, and tak a few puff. Relax and think back. Ianya pernah berlaku pada sesiapa sahaja. Aku pun. Dan kepada insan yang berkenaan, hasil penulisan seseorang tidak perlu di belajar kerana kita telah belajar menulis dari sekolah lagi. Sebaliknya, idea disebalik otak yang harus dipertikaikan. Tulisan disini adalah lahir daripada otak dan pemikiran yang waras dan telah diolah beberapa kali oleh yang pakar. Ya, bukan aku sahaja yang membacanya. Ramai lagi. Tidak puas hati? Telefonlah, jika itu tidak memadai, datang sendiri di UiTM kampus cawangan Jengka, Blok B, B2-13. Aku menanti. Jujur itu bodoh? Mungkin ya, mungkin tidak. Bukan memburukkan, tetapi hanya menjujurkan diri. Siapa salah di sini? Aku? Siapa mangsa? Dia? Siapa yang tersepit? Kau? Ini semua tidak akan timbul jika tiada komen BODOH sedemikian rupa. Aku di dalam proses untuk berbaik semula. Tetapi disekat oleh benda yang tidak sepatutnya menyekat itu semua. Sekali lagi, adakah aku yang patut dipersalahkan? 'Maaf' disini bermaksud aku tidak perlu meminta untuk dimaafkan oleh sesiapa lagi. Sudah cukup aku menagih kemaafan dari seseorang yang tidak pernah tau apa itu kemaafan.*Jangan terasa ya*. Tidak mengapa. Masih awal lagi untuk berbicara. So, mahu lawan?

p/s : Ada juga tekaanku yang mengena. Haha. Aku boleh jadi ahlil nujum ni. Memaksimakan keuntungan

1 comment:

  1. Ya ya hasil tulisan diajar sejak sekolah. Tetapi dari segi tulisan orang dapat membaca seseorang itu bagaimana walaupun tulisan tidak sepenuh alphabet yang diperlukan. Diingatkan kembali, wah dulu kala. Sering bercakap besar, sering memandang rendah terhadap orang yang menulis di blog. Sekarang, siapa yang gah? Siapa yang merendah diri di sini?

    Proses berbaik itu sentiasa ada walaupun banyak halangan.

    Kau tidak perlu berkata-kata selindung, kerana aku tahu kau. Kau sering memandang rendah.

    Ingat ya? Kau baru menapak di blog. Jangan kau terlalu bangga dengan apa yang kau ada.

    Memburukkan orang atau pun berkelakuan jujur itu hak semua orang. Tetapi untuk menepis keburukan itu hak semua orang juga. Jadi tidak salah kalau dia berkata yang benar, berkata apa yang dia hendakkan. Walaupun dia tidak ada kena mengena dalam hidup kau.

    Kau memburukkan aku, aku bangkit.

    Kau memburukkan dia, dia bangkit.

    Ingat ya, jangan disebabkan kata-kata gah kau itu memakan diri.

    Selamat 'bertemu' kembali.

    ReplyDelete