Monday, March 02, 2009

Pranks.

Bila kali terakhir anda bergelak ketawa sehingga menitiskan air mata? Adakah bersama rakan atau orang yang tidak dikenali dengan sengaja melakukan aksi luar biasa hingga memalukan dirinya sendiri dan berasa bodoh dikhalayak ramai? Aku pernah suatu ketika dahulu bersama rakan yang agak spontan kelakuannya sehinggakan setiap kata-katanya buatkan aku tidak senang duduk gelak berguling-guling *well not exactly. Exagerating lebih(betulkah aku eja?)* sekarang aku lebih kepada bergelak seorang diri. Daripada mendapat mesej dari kenalan sehingga buatkan aku tersenyum lantas gelak, mahupun tengok Youtube. Ya, Youtube adalah medium terbaik buat penggemar-penggemar gelak ketawa. Tapi tak semua lawak boleh diterima. Program realiti televisyen Raja Lawak telah mendapat ramai sambutan yang agak boleh la. Tapi in my opinion, lawak mereka sangat dibuat-buat sehinggakan pekerja crew perlu mengangkat tangan atau pun menyalakan signal 'GELAK' untuk memaksa audience gelak. Kalau audience dibayar untuk gelak aku tidak tahu pula. Aku pun akan pergi juga kalau macam tu. Easy money darla.










Surf it people. Ini adalah dua contoh video clip yang aku rasa tidak jemu untuk menonton. Ini aku klasifikasikan sebagai lawak educated. Tak macam Raja Lawak. Aku bukan tidak menyokong industri tempatan. Tapi taraf kita dan mereka terlalu jauh. Sekali lagi, betulkan aku jika salah ya. Contoh diatas juga adalah dari versi asia timur, Jepun. Malaysia cuma scam sahaja. Tiada idea untuk memcipta lawak sendiri, sebaliknya meniru tiga segi-tiga segi dari mereka. Ceteknya Malaysia dari segi ini. Aku tidak pernah jemu dengan video clip-video clip seperti ini. Terdapat juga versi Latin dimana target mereka adalah mama-mama hot yang control cara pemakaian dan penampilan mereka. Bila sedah terkejot, terserlahlah mutu kualiti botox masing-masing. Antara yang aku minat veri Malaysia adalah siri televisyen 'Bang Bang Boom' Tetapi tidak semuanya aku minat. Mereka ini scam juga. Kurang idea dan kreativiti. Jangan marah ya. Ini cuma pendapat sahaja dan boleh dijadikan sebagai pemanas minda kepada sesiapa yang terasa. Ya, kau. Mungkin target audience kau tidak begitu besar, cuma kanak-kanak sahaja kerana mereka akan gelak melihat lawak bodoh, bukan dikalangan orang-orang yang inginkan sesuatu yang luar biasa *warrgh! apela yang aku cakap ni*

You must be yourself to be funny. Stop being funny if you are not funny and don't try to make one. Pretty good effort but cannot go. Understood?

Pelawak adalah natural born talent. Tidak perlu dibuat-buat

No comments:

Post a Comment