Sunday, April 12, 2009

Technology

Perasankah anda bahawa teknologi yang semakin meningkat maju sekarang ni adalah dicipta dan dikhaskan untuk menjadikan kita seorang yang pemalas?

  1. Dulu kala zaman tok kadok, kita cuma ada telefon ganggang dan pondok telefon awam. Susah jugalah kalau mahu ke sana jika hujan atau apa-apa pun. Dulu nak bergayut lama-lama pun mak bapak marah. Takot bill melambung tinggi. Sekarang, wujudnya telefon tangan yang tak payah cakap la berjenis-jenis dia. Portable lah katakan. Tidak kesah jika mahu bergayut lama-lama. Duit credit anda yang bayar. Tak cukup dengan kesenangan hidup yang boleh dibawa kemana-mana, muncul pula jenis yang boleh tekan-tekan pada skrin telefon. Disamping memberi kesenangan hidup, ini juga dapat memaksimakan sifat malas seseorang. Bayangkan 10 tahun akan datang, muncul pula telefon yang telah diprogramkan kedalam kepala manusia. Hanya fikirkan sahaja siapa yang hendak dihubungi.
  2. TV pun sama juga aku rasa. Dulu kena tekan punat di kotak televisyen. Sekarang ni dah ada remote control. Senanglah katakan. Tapi banyak duit keluar juga kerana sebulan mesti beli satu remote kerana setiap bulan laki bini bergaduh pasal rancangan yang ingin ditonton dan melemparkan remote TV itu sehingga barai.
  3. Kereta. Dulu bagaimana ya? Owh. Sama sahaja. Tapi keluaran Jepun sahaja sedikit berlainan. Sesetengah akan beranggapan terlalu over, dan setengah yang lain beranggapan agak cool. Memang cool. Bilalah mentality rakyat Malaysia nak setaraf dengan mereka. (haha, aku pun sama saja) Adakah anda perasan bahawa sekarang ni ada pemanduan secara aotumatik? Dengan ini, ada boleh bersila sahaja membawa kereta. How lazy is that? Dan ini juga amat baik, dapat meningkatkan lagi jumlah kemalangan. Amat baik.
Secara tuntasnya, makanlah buah-buahan tempatan.

No comments:

Post a Comment