Monday, June 08, 2009

Cikgu Ikhwan

Semalam, berpeluang menurunkan ilmu yang tak seberapa kepada sekumpulan murid darjah enam dari berbagai jenis sekolah. Cikgu Sa'diah tak dapat mengajar sebab ada hal. Mengajar di masjid berdekatan Taman Sri Rampai. Belum apa-apa lagi dah salah masuk masjid. Malu, bawak motor keluar masjid tak toleh kiri kanan. Sampai kat sekolah rendah agama, seorang pakcik tengah meninjau keliling.

Pakcik : Awak siapa?

Aku : Pengganti Cikgu Sa'diah. Dia tak dapat datang sebab ada hal.

Pakcik : Ye ke. Ni boleh ke mengajar ni?

Amboi, cantik mulut. Dia tak nampakke aku pegang berkepul handout ni. Lantak kau. Masuk, Sign kedatangan, duduk. Tiba-tiba

"SELAMAT PAGI CIKGU!"

Ahh sudah. Cikgu pulak.Abang pun dah cukup elok dah kot. Sedang mengajar, seorang budak lelaki mengejek seorang budak perempuan sampai menangis. Lagi satu hal. Memang pandai lah aku nak memujuk kan. Lagi aku pujuk kang lagi dia nanges berlagu. Buat tak tahu saja. Dah penat nanti pandai lah kau berhenti menangis. Rupa-rupanya, masih ada lagi sindrom mengejek nama bapa. Aku ingat pada masa aku dulu saja. Teringat balik, masa aku tingkatan satu ke dua. Lupa. Orang selalu panggel aku Jep. Sebab nama bapaku Jaafar. Bodoh lah diorang tu. Makin lama aku penat nak betah dan lawan mulut. Iyekan saja. Sampai sekarang, Jep je lah. Takde name lain. Habis mengajar, lega. Aku call orang tua tadi tak berangkat pula.Lantak la.Kunci pintu, hidupkan enjin motor, pergi.

4 comments:

  1. from coffee maker to a teacher..
    bagus tu..
    ;DD

    ReplyDelete
  2. sampingan la..kebetulan the real cikgu ade hal. besides,the cikgu paid me..haha..tu yang best tu

    ReplyDelete
  3. is all about money now..
    hahaha.. :DD

    ReplyDelete
  4. cikgu ajar subject pe ni? haha

    ReplyDelete