Wednesday, December 23, 2009

Adat pun adat juga, kau pun tahu salah kan.

Siapa yang tidak panas bila masa bertikam lidah? Orang cakap itu ini, kau tahukah itu betul atau tidak?Yang paling pantangnya, orang bersuara tentang kawan atau orang tersayang. Back-up mem'back-up' sudah setahap dengan adat Melayu. Tidak akan luput dek zaman kononnya. Menyebelahi dan mengetahui akan cerita sebenar tidak mengapa juga. Ini menyebelahi secara membuta tuli atas alasan kawan baik, kekasih dan yadayada. Yang peliknya, empunya diri sendiri tahu menyebelahi tanpa mengetahui hal sebenar adalah salah. Perbodohkan saja dan teruskan mem'back-up'. Inilah adat dunia. Oh silap. Adat tipikal orang kita. Otak yang berguna disimpan untuk tahu tahu tujuan apa. Sebaliknya, berfikir dengan kepala lutut.

Maaf kata, ini ditujukan khas kepada golongan yang sukar diramal dan sensitif bergelar hawa. Adat Melayu semua pertahankan supaya tidak luput. Sila luputkan adat kita yang satu ini ya.

No comments:

Post a Comment