Tuesday, December 22, 2009

Selamatkan? selamatkah?

Seorang rakan tampil untuk bertanya dan aku tak tahu dikalangan ramai rakan-rakannya, kenapa dia memilih untuk tanya aku. Begini soalannya.

"Apa yang dimaksudkan oleh seorang lelaki jika dia berkata, dia penat, dan letih untuk memberikan perhatian kepada si dia."

Secara jujurnya, aku tidak tahu. Pemikiran seseorang jauh berbeza dengan individu lain, dan kebarangkalian mereka mempunyai pendapat yang sama juga jauh bezanya. Adat sesuatu perkara, mesti ada baik dan buruknya. Aku tidak mahu beranggapan negatif atau pun memburuk-burukkan mana mana pihak. Keanehan sifat seseorang mungkin berpunca dari ketegangan negatif, dan akan bercakap secara membabi buta sahaja. Semua orang sama, begitu juga engkau. Mengalah memang sifat mulia. Tapi sampai bila? Kau sanggup menjaga hati seseorang tanpa menghiraukan hati kau sendiri. Sayanglah diri sendiri seperti kau sayang dia. Tak berbaloi kau bertindak bodoh. Dengan cara mengalah, kau ingin selamatkan hubungan kau dan dia, tapi selamatkah?

Apa-apa pun, cinta itu buta. Nak buat macam mana. Terima saja.


No comments:

Post a Comment