Monday, December 21, 2009

Buka mata pun tak guna, buka minda ya.

Kenapa aku suka menaikkan bangsa Melayu di sini? Kau marahkah? Aku tidak akan bangkitkan hal ini jika aku tidak pernah merasainya. Aku telah rasainya setiap hari. Walaupun tidak begitu penting, tapi janji tetap janji bukan? Apatah lagi janji yang boleh mengubah seseorang.

Kenapa orang lain boleh mengotakan janji, tetapi tidak kita? Aku menyalahkan diri sendiri juga kerana sering kali tidak mengotakan janji. Setidaknya, aku sedar akan kesalah daripada yang buat bodoh saja. Sebab naiknya nama Melayu ini adalah kerana, kebanyakan bangsa 'kita' sahaja yang melakukannya. Aku pernah bergaul dengan bangsa lain. Jelas lebih bagus daripada kita. Jadi, tidak hairanlah jika kita perasan mereka lebih maju dari kita dan kita cuma suam-suam kuku saja.

Tepuk dada, dan jangan tanya selera. Tanya hati, kau mahu terus tersepit atau mahu bergerak bebas. Dan aku rasa tidak perlu untuk meminta maaf untuk ini. Itu sahaja.

No comments:

Post a Comment