Thursday, December 17, 2009

Luaskan yang sempit, jangan sampai kekal tersepit.

Mari sembang kosong.

Hello, aku Melayu dan aku bangga menjadi anak Melayu. Kau? Tapi jangan sampai bangga diri dan terlalu bermegah-megah sehingga jadi Melayu berlagak di bibir orang. Melayu ada dua puak. Satu 'pure' Melayu dan satu lagi Melayu celup. 'Pure' Melayu disini adalah golongan Melayu yang berkelakuan baik dan tidak banyak menyusahkan puak-puak yang lain, serta tidak menceroboh 'ruangan' masyarakat dengan membabi buta. Melayu celup pula sebaliknya. Kau silap jika mengatakan bangsa lain paling pandai jika sample untuk seluruh Malaysia diambil. Bangsa yang paling bijak seluruh Malaysia adalah bangsa kita, Melayu sendiri. Kebanyakan orang kita lebih banyak memegang status diploma dan degree. Malah, hampir keseluruhan populasi bangsa Melayu di Malaysia memegang PHD. Hebat bukan? Golongan yang mendapat status ini adalah golongan bijak pandai yang tidak boleh dinafikan.

PHD jika di terjemahkan kepada bahasa Malaysia adalah Perasaan Hasad Dengki. Faham? Cukup pandai menjatuhkan orang lain, cukup pandai menghidu peluang untuk menyusahkan orang lain, cukup pandai bermain bomoh. Orang sebelah buka gerai, kita mahu buka juga. Tak salah bukan? persaingan yang sihat. Orang kedai sebelah panas kerana kedai kita laku, dibomoh-santaukannya kita. Dihantar anjing-anjing untuk menjadi mata-mata. Hantar juga pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan, padahal, tanah, lesen perniagaan, jenis makanan semua tidak menjadi masalah bagi semua. Masalah pokoknya Melayu yang dengki.

Orang punyai kediaman lengkap dengan segalanya. Kau dengki kenapa? Hak kau tidak dipertaruhkan untuk mendapatkan kesenangan sendiri. Sebaliknya, Hasil dari titik peluk keringat sendiri. Tidak puas hati, buat kerja kotor. Pecah masuk, bomoh, santau dan sebagainya. Memang pandai. Semakin senang hidup seseorang, semakin tumbuhnya cendawan-cendawan dengki dalam hati individu lain. Itulah hipotesisnya.

Maaf kata, yang bodoh itu Melayu, yang pandai itu juga Melayu

No comments:

Post a Comment