Thursday, December 31, 2009

Hello 2010.

Aku lupa apa azam aku tahun lepas. Mungkin juga aku tak berazam apa-apa. Tapi tahun ni banyak rasanya. Bismillah.

1. Buka semester baru ini, aku mahu masuk dalam senarai dekan. Bukan kerana ingin menunjuk. Tapi aku mahu meningkatkan pointer aku yang sudah jatuh. Tapi itu bukan point pokoknya. Yang sebenarnya tujuan aku ingin dekan kerana supaya senang aku minta kereta dari orang tua. Tak kesah la kereta apa. Janji aku boleh lenjan sampai kena saman. Kalau tak dapat, aku nak menangis depan orang tua aku. Mana tahu dapat juga kereta. Berdoa saja.

2. Aku mahu menyelesaikan lesen aku. Dulu ada lesen. Tapi sebab malas tak tahu nak kata macam mana, lesen pun mati. Tapi itu motor. Sekarang kereta. Haraplah malas aku hilang serta-merta.

3. Aku mahu terus menulis dan menulis. Tapi kadang-kadang otak masuk habuk. Nak kena servis makan masa pula. Bila mahu tulis, balik-balik lupa. Lepas itu mulalah merapu yadayadayada. Aku pun tak tahu apa yang aku tulis kadang-kadang.

4. Ini kepada sayang. Aku sudah berjanji aku akan sayang dia. Aku pun tak mahu mungkir janji. Azam tahun baru, aku akan lebih menyayanginya lebih daripada tahun lepas. Lebih dan lebih lagi. Harapnya aku pun akan disayangi sama banyak. Lebih pun tidak mengapa. Dengan izinNya, aku ingin kekal dengan sayang sampai bila-bila. Harap dia tahan dengan perangai aku. Apa saja perangai aku? aku pun tak tahu. Tapi aku sayang dia. Tak tipu.

5. Jangan gelak ya? Aku rasa dosa sudah berkepul sampai tak cukup poket nak tadah. Aku nak bersolatlah. Tapi perlahan-lahan. Tidak perlu drastik kerana jika drastik tidak akan kemana. Nasib baik Hafiz Balow Ajam dan Naim serumah. Walaupun tinggal sembahyang, tapi adalah juga. Aku pun mahu ikut. Cukuplah sampai sini aku jahil tentang agama. Dah lah kad pengenalan beragama Islam. Tapi sembahyang, haram tak buat.

Kalau aku berjaya buat, aku nak buat kenduri. Setiap seorang yang aku kenal aku nak belanja roti canai sekeping dengan air kosong. Masa nak balik aku akan bagi satu ringgit seorang. Ya, kau boleh Ikhwan Jaafar.

6 comments:

  1. i agree on no.5
    nk letak kt azam tahun baru jgk :)

    ReplyDelete
  2. yup aina :)
    i pon agree ngan no 5.
    hakhak.

    ReplyDelete
  3. aina : haha.segan pula saya

    hana : jom lawan sape dapat langsaikan dulu.haha

    june : lame tak dengar berita june :)

    ReplyDelete
  4. :) lama tak dengar brita kamu juga.. ;)

    ReplyDelete