Friday, January 01, 2010

Mari berjimat bersama Kapten Jimat.

Aku kena pagar rasanya. Ke KLCC untuk baiki telefon bimbit sahaja. Alang-alang duit sudah sampai tak cukup poket, memanglah teruja. Jadi ke KLCC-lah untuk memuaskan nafsu membeli-belah.

Telefon bimbit siap dibaiki. Jalan-jalan macam orang gila, singgah kedai baju. Tertarik dengan 'baju peluh'. Lawa. Angkat, tengok harga, teros ke kaunter. Tapi kena beratur panjang. Jadi, malaslah. Letak baju terus beredar keluar. Masuk ke kedai satu lagi. Tengok seluar kasual. Lawa juga. Ambil dua helai, bergegas ke bilik persalinan. Keluar semula, "let me think about it first". Memang selalu macam itu. Habis berfikir, mahu beli. Tengok-tengok orang lain rembat dahulu. Tidak mengapalah, beredar terus saja.

Pelik bukan? Tapi jika difikirkan semula, aku tiada nafsu apa pun untuk membeli-belah. Tengok orang borong sakan, aku pun mahu juga. Tapi nasib baik aku dapat berjimat hari ini. Aku kesana pun ingin membaiki barang saja.

1 comment:

  1. saya kene ikot mcm awak laa hun .. ajar saya ea (:

    ReplyDelete