Thursday, December 24, 2009

Hey anjing, BEHAVE.

Wah wah. Kau dail nombor aku dengan senangnya, kau tinggikan suara dengan aku tanpa usul periksa, bahasa kau pula agak cantik juga. Ditambah pula dengan nada sinis kau yang tidak begitu puas hati dengan apa yang berlaku. Ya, kau langgar aku sebenarnya. Aku ada masalah dengan kau? Seingatnya tiada. Kenapa kau berhubung dengan aku. Mana salam kau? Mana adat kau? Dan mana ciri-ciri perempuan Melayu kau? Di telefon kau memang megah. Cakap kau letup. Satu lawan satu yadayadayada. Kau sendiri telah tahu kebenaran bukan? Kenapa kau terdiam? Kenapa kau merendah suara pula? Dan kenapa suara kau seperti orang meminta simpati? Dan kenapa kau bercakap tentang mati? Jika ditakdirkan kau mati dulu pun, ingat kau bersalah dengan aku. Maaf kerana ini mungkin agak sinis sedikit. Tapi jauh dalam hati yang sabar ini, kau tak ubah macam anjing yang dibela. Anjing yang disuap dengan kemewahan. Bola dilontar, kau beraksi. Jika bom dilontar? Kau memang mati.

Aku di sini tidak akan menyuruh kau menjaga bahasa kau atau pun menyampaikan apa-apa pesanan. Aku pun tidak suka memperlakukan orang seperti acai sampah. Cuma nasihat sahaja. Janganlah kau langgar orang tanpa usul periksa. Kau nampak orang kecil, jangan sangka kau boleh makan mereka dengan bukti tak seberapa kau. Tafsirlah mesej yang cuba disampaikan oleh tuan kau. Jangan kelak kau diperguna dan diperbodohkan dengan lebih meluas lagi.

Fikirlah, dan jika kau ingin terus menjadi anjing, jadilah anjing yang berguna.

Ini sahaja untuk kau.

4 comments:

  1. wah siapakah yg berkurangajar itu?

    ReplyDelete
  2. cak : tak tau lah cak.yang penting anjing suruhan.haha

    ReplyDelete
  3. anjing suruhan yang diberi kemewahan. mmg bodo kan hun.
    langgar tnpe bukit kukuh. last2 terdiam sendiri. bangang!

    ReplyDelete
  4. betul2..
    i yang takde kene mengene dia pegi langgar.
    huhu

    ReplyDelete