Thursday, December 31, 2009

Jangan terlalu bangga, sebab cool itu subjektif sahaja.

Sambutlah tahun baru seberapa hebat kau mahu. Sikit pun tak mengganggu. Kau clubbing? pergilah. Kenapa aku perlu kisah. Kau kan cool. Aku duduk santai di rumah dengan keluarga sangat jauh dari cool. Aku kan anak mak bapak. Pergi matilah kau dan cool kau itu.

Kau ingat kau masuk club kau sudah cool habis? L to the A to the N to the C to the A to the U. Kau ke sana, habiskan duit untuk masuk, duit ke air setan, hangguk-hangguk kepala dengar muzik, dapat penat dan soft drink, akhirnya balik tidur macam orang mati. Itu pun kalau bernasib baik. Mahunya kau kemalangan di tepi jalan? Aku tidak meminta. Tapi kau yang mengundang. Cool kau ke club itu tidak akan ke mana. Alih-alih situ juga. Berbanggalah kau dengan gadis-gadis keliling pinggang. Belum tentu mereka itu kau punya.

Kita tengok kelak di sana. Kita lawan ya. Siapa lebih cool. Kau atau aku.

Apa-apalah. Selamat tahun baru dunia.

1 comment:

  1. mereka br nk up kot hun.
    tk mengapa. orang macam tu buat semak je (:

    ReplyDelete