Sunday, December 27, 2009


Selamat pengantin baru wahai kawan baru Puteri Izura dan suami kerana telah melangsungkan upacara perkahwinan dengan selamatnya. Selamat ulang tahun yang kedua puluh juga diucapkan. Perkahwinan ini adalah unik kerana sambutan hari ulang tahun juga diadakan serentak. Yang mempersonakan aku adalah di masa hari pernikahan. Selalunya penuh kegembiraan, tetapi ini suatu kelainan. Tidak dapat dinyatakan dengan perkataan. Lebih dari kegembiraan rasanya. Lima pasanan pengantin termasuk Puteri melangsungkan pernikahan. Terkejut sebentar. Suasananya tidak usah cerita. Macam-macam ada. Dari kanak-kanak menangis bersama ibunya hinggalah gelak tawa. Tidak sunyi masjid di Damansara seperti solat terawih rasanya. Keadaan agak kelam kabut sebentar hinggakan aku tersilap ambil gambar keluarga. Malu nak mati pun ada. Biarkan sudah. Gelagat keluarga pula sangat-sangat menghiburkan. Keluarga disebelah pengantin perempuan kelakar. Mereka berasal dari Pulau Pinang dan berketurunan nyonya. Mereka bertutur dalam bahasa Melayu, tapi mempunyai tiga tahap. Tahap pertama bahasa Melayu ataupun loghat utara. Semakin rancang berbicara pula mereka menggunakan bahasa Inggeris, dan klimaksnya apabila meniggikan suara mereka bertukar kepada bahasa mandarin. Ini adalah kali pertama aku mendengar dan melihat situasi ini. Tergamam sebentar. Dan kini, selesai pula merawat gambar-gambar yang perlu dipilih Puteri. Maaf tiada hadiah, gambar-gambar ini saja yang mampu aku bagi sebagai hadiah. Apa-apa pun, terima kasih Puteri kerana menjemput.

2 comments: