Tuesday, December 29, 2009

Selamat tinggal 2009.

Pejam celik, setahun sudah. Sekarang bulan Disember. Macam-macam yang jadi tahun ini. Syukur aku kuat hingga boleh sampai sini. Rasanya tidak perlu diingat kesemuanya. Sesetengah benda lebih elok dibuang sejauh mungkin dan tidak perlu disimpan dalam buku sejarah lama. Sejarah lama aku inginkan yang manis sahaja. Tiba masa untuk buka buku baru dalam kalendar yang baru juga.

Bertemu ramai rakan baru, suasana yang tidak kurang hebat juga, dan aktiviti yang ada baik dan bosannya. Paling diingat, 25 Ogos 2009. Hari pertama aku dianggap bernyawa semula. Hari pertama aku diiktiraf kepunyaannya, dan merasa dihargai kembali. Natasha Azrah membuka segalanya. Bersyukur lagi, Terima kasih 2009 dan kepadanya sahaja dan aku tidak perlu berterima kasih kepada sesiapa.

Oh, aku lupa azam 2009. Rasanya tidak tercapai. Tidak mengapa, bawa ke tahun depan. Tapi tidak tahu lagi apa. Haih.

No comments:

Post a Comment