Tuesday, December 29, 2009

Kepada semua umumnya.

Seperti yang semua telah sedia maklum, ini adalah laman web untuk menulis dan itu semestinya tidak dapat disangkal. Aku menulis, kau menulis. Sama-sama menulis. Sebebas mana menulis pun, tetap ada gangguan. Maaf jika entri ini sedikit sebanyak menjengkelkan. Pokoknya di sini, aku tidak suka pelawaan atau ajakan dari mana-mana pihak, dan ini tidak bermakna sebarang singgungan. Aku menggunakan sepenuhnya kuasa "blog aku, suka hati aku lah" untuk menolak segala pelawaan walau dengan apa cara sekali pun. Kita bebas menulis, bermakna kita juga mempunyai kebebasan membaca.

"Awak follow-lah blog kite, nanti kite follow awak balik ok"

Ya, aku mengaku, setiap orang ada persepsi masing-masing. Persepsi aku, aku tidak suka mengikut berita sebarangan blog. Semak. Kita juga membaca untuk suka bukan? Ataupun menambah apa jua ilmu mahu baik atau buruk. Kau 'follow-memollow' tapi secara literalnya kau tidak mengikut apa jua yang ditulis di dalam blog yang kau ikuti. Mungkinkah kau ingin rasa hebat kerana mempunyai bilangan pengikut yang banyak? Wah, 'Myspace' sungguh kau ini. Dulu di Myspace ya. Sesetengahnya bangga kerana komen gambar mampu mencecah ratusan malah ribuan. Lantas, berbangga diri kerana kau seorang saja popular di ruangan pra-matang itu.

Jadi, jangan pelawa aku untuk mengikut blog siapa-siapa sahaja. Kerana mulai sekarang, aku tidak akan. Aku juga tidak meminta kau mengikut blog aku. Tiada guna kalau ada muka di followers sahaja tapi sepatah haram kau tidak baca. Maaf jika ada yang terasa. Aku bebas menulis bukan?

No comments:

Post a Comment