Thursday, January 28, 2010

2:40 am

Sayang, maaf. I tak dapat nak tidur lah. Nasib baik boleh study.

Esok ujian untuk Operation Management. Berlumus tungkus jugalah aku mengulang kaji apa yang mungkin masuk besok. Eh, hari ni. Harap harap boleh jawab. Tadi ada kuiz subjek sama juga. Tak berapa boleh nak jawab. Macam tak adil pula. Kelas lain satu soalan saja. Kelas aku sampai tiga. Kenapa setiap pensyarah berbeza, walhal subjek yang diajar sama. Mereka bergaduh mungkin. Kau buat soalan kau, aku buat soalan aku. Tapi tak mungkin lah. Tak macam budak-budak pula kan. Biarlah. Cuba yang terbaik kali ini.

Esok hari penentuan. Penentuan hidup dan mati jugalah boleh kata. 'Hari Mesra Pelanggan'. Iaitu hari bertemu keluarga sayang. Bertemu saja sudah cukup segan, ini kan pula makan malam bersama. Tak mengapa, tunjukkan jantan, tebalkan muka. Ahad pula hari jadi sayang. Tak jauh beza dengan hari jadi sendiri. Nak bagi hadiah apa. Tunggu ya sayang.

Perkara yang bolek dikira tak logik hari ini, aku dapat pergi program yang sememangnya aku tak suka pegi program. Alasannya, CGPA aku hampir kepada 3.00. Ya, aku jatuh sangat sem lepas. Tapi apa motifnya. Berusahalah aku nak dapat pointer cantik untuk lepas dari Kudup. Kena pergi program pula. Katanya UiTM aku mahukan 80% daripada pelajarnya grad dengan CGPA atas 3.00. Tapi tak kan lah sampai kena ke program pula. Aku memang tak makan program-program yang membina macam ni. Rasanya, kalau orang betul-betul mahu meningkat, tak perlu rasanya program ni. Peningkatan datang dari azam. Dah la hari sebelumnya aku ada ujian memandu di JPJ. Chantek.

1 comment: