Tuesday, January 26, 2010

Siapa yang nak ambil peduli.

Tadi kelas En. Zahran. I memang mengantuk sangat. Tapi nak buat macam mana. Kuatkan mata, halau anasir luar. Lama-lama kelas makin sedap. Mata hilang mengantuk. Kelas cuma Malaysia Economic saja. Tapi melalut sampailah ke Micheal Schumacer pandu jentera McLaren Mercedes. Sedang-sedang Zahran melalut, sampai pula ke topik hangat. Vision 2020 atau dibahasa Malaysiakan, visi 2020. Sekarang ni, perkataan 'bahasa Melayu' boleh bawa gaduh. Ya, ramai kata dia laju.

Cuba cerita dekat I, siapa tahu bilanya diasaskan visi 2020 ni? Tak ramai yang tahu sebab I tahu ramai tak ambil kisah. I pun sama sebenarnya. Baru tadi I tahu sebab Zahran suruh budak-budak semua buat timeline (garis masa) dari zaman sebelum merdeka hingga sekarang. Tak ramai juga tahu bahawa setiap lima tahun, Malaysia mengemukakan RMK (Rancangan Malaysia ke-yadayadayada) yang baru. Sekarang yang ke berapa I tanya you all? Tak tahu lagi. Harap kad pengenalan saja warga negara Malaysia. Sekarang sudah masuk Rancangan Malaysia ke-10. Tapi itu bukannya topik hangat yang I rasa. Topik yang I rasa hangat adalah pembentukan dan stratergi Malaysia untuk mencapai visi 2020.

Ini I dapat dari Zahran. Tak tahu lah betul atau tidak. Kalau betul, bersyukurlah. Kalau tipu, basah kepala I kena kencing dengan Zahran. Dengar katanya, visi 2020 ni adalah inspirasi dia yang I rasa sangat bijak, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Pada tahun 1990, Malaysia perlu melahirkan masyarakat yang terbaik. Macam Pak Lah kata, rakyat Malaysia yang cemerlang, terbilang dan gemilang lang lang. Tempoh yang diberikan adalah 30 tahun dari tahun 1990. Melahirkan masyarakat yang terbaik ini dari 'acuannya'. Maksud di sini, melalui ibu bapa mereka yang penuh dengan sifat lemah lembut, sopan santun dan segalanya yang bercirikan ketimuran. Supaya, generasi akan datang yang akan menyambut tahun 2020 akan lebih power. I tak nafikan, Dr. M kita memang berfikiran jauh. Siapa saja yang berfikiran macam dia? I tak hairan lah dia pegang jawatan Perdana Menteri paling lama *tabik*

Tapi, *tattadada...* Setiap pros, ada cons-nya. Apa yang I nampak sekarang ini, acuan yang baik dah tak ada. I tak berani nak cakap segelintir, setengah atau kebanyakkan. Acuan ini tak boleh pakai juga. Acuan pun dah rosak, maka I akan assume kuih dalam acuan juga rosak lah. Institusi kekeluargaan juga bukan semuanya baik-baik belaka. I pernah juga dengar cerita dari rakan-rakan. Rakan kepada rakan ini ditangkap basah dan diketahui oleh pihak ibu bapa. Tapi yang menariknya, Ibu bapa tak buat apa. Paling-paling pun 'jangan buat lagi'. What the fuck kan? Dan yang paling tak boleh perginya, satu keluarga 'tanik' bersama. Macam mana? Siapa mahu tengok bakal Perdana Menteri kita atau pun golongan-golongan yang dianggap berpengaruh berjudi, mabuk dan hilang pertimbangan? I tak sanggup. Mungkin negara-negara yang tengah aim Malaysia sanggup. Sampai sini saja yang I ingat apa yang Zahran cerita. Banyak lagi sebenarnya. Tapi tak begitu pasti dengan kesahihan cerita. Dan banyak juga isu politik. I tak suka politik lah. Sikit-sikit gaduh, rasuah. Menyampah I.

Ya, I tahu bosan. Kenapa tak cakap awal-awal? Pergi saja dari sini.

No comments:

Post a Comment