Monday, January 25, 2010

Benda yang aaku rasa sangat lah fundamental.

Hello, saya kembali. Maaf tidak menulis selama beberapa hari. Tidak tahu untuk tulis apa dan pada masa yang sama mencari idea. Facebook sangat bagus sebab aku dapat beberapa perkara daripadanya. Salah satunya, soalan yang kerap ditanya oleh pelayar internet. Bukan ingin mengejek atau merendahkan sesiapa. Cuma ingin seronok-seronok saja.

Soalan yang kerap ditanya adalah seperti berikut

1) "Sakit perut. Mahu buat apa hari ini?"
- Ambil lah ubat-ubatan yang disarankan, ke klinik atau jumpa doktor dihospital atau doktor persendirian. Tidak susah bukan?

2) "Kepala serabut"
- Tenangkanlah fikiran atau cabut saja kepala. Hilanglah serabut. Senang bukan

3) "Kenapa komputer riba aku bersemut?"
- Mungkin tertumpah air yang manis ataupun komponen dalam komputer riba itu sememangnya manis. Ataupun itu bukan sebenarnya komputer riba, tapi manisan.

4) "Esok test. Macam mana ni?"
- Belajarlah. Ulang kaji pelajaran. Dah tahu mahu mengadap test, berfacebook lagi.

5) "Kenapa?"
- Manalah aku tahu. Tiba-tiba saja kau 'kenapa'

6) "Pak guard ni tiada duit mahu beli rokok kah?"
- Mungkin juga. Sebab itu mereka menyaman pelajar dan merampas rokok. Tapi sebenarnya perbuatan pak guard adalah peraturan. Kau pun tahu bukan?

7) "Mengantuk lah"
- Mahu aku ajar juga kah? Haih.

Ada siapa-siapa lagi mahu aku jawabkan soalan untuk empunya diri? Jelas sangat ramai yang kemahiran hidupnya gagal.

1 comment: