Saturday, January 16, 2010

Orang asing lebih hebat dari kita, dan aku setuju.

Aku tak kata yang orang kita tak hebat langsung. Orang kita hebat juga. Tapi tidak cukup hebat untuk masuk dalam liga. Apa yang jelas kita nampak, orang kita hebat dengan benda-benda jahat. Malas aku nak cakap. Ini pendapat akulah. Kalau salah, buat bodoh sajalah.

1. Orang asing lebih hebat kerana dia orang bukan hot hot chicken shit. Orang kita pula hebat takat dua tiga bulan saja. Bila dah dapat back up dan sumbangan dari pihak tertentu, megah bukan main. Lama-lama senyap. Alasan, berehat tenangkan fikiran. Tidak semua ya. Segelintir sahaja. Tapi rasanya, yang betul-betul berjaya boleh kira pakai jari. Maknanya, bukan segelintir. Tapi kebanyakkannya. Siapa ya? Aku malas lah nak sebut dia yang bangsa Melayu juga menang sekali, lepas itu terus tak menang-menang. Cedera lah apa lah. Alasan saja.

2. Orang asing ni agak bodoh. Sebab itu mereka kebanyakannya berjaya. Orang kita pandai. Mengadaptasikan kepandaian mereka dengan play safe. Sampai bila nak play safe? Orang asing berani bodoh. Main redah saja. Tup tap, kaya. Beli itu beli ini. Rasanya bodoh tak sesuai lah. Berani lebih sesuai. Pandai juga tidak sesuai. Tukar saja kepada pengecut. Sekali lagi, bukan semua okay. Segelintir. Jika difikirkan semula. Benda-benda yang boleh dikira keperluan harian juga boleh buatkan seseorang itu hidup senang. Gula, getah dan sebagainya.

3. Orang asing tak tahu apa itu cerewet. Orang kita jangan lah disebut. Itu tak nak ini tak nak. Macam-macam. Kerja penat sikit tak nak. Padahal semuanya main duit sekarang. Kau masuk toilet pun duit. Cuba pergi tandas ground floor KLCC. Kau boleh tengok berapa kerat saja orang kita masuk toilet di sana. Hahaha. Orang asing tak kira apa cara sekali pun. Rasa-rasa boleh buat duit, carry on. Kalau orang kita, "nanti saya fikirkan semula". Jawapan basic untuk 'jangan harap aku mahu kerja itu'.

Aku tak rasa macam nak sedapkan hati sendiri. Kita jauh lagi lah. Asyik tidur saja.

No comments:

Post a Comment