Friday, January 15, 2010



Ya aku tau. Siapa yang tak suka ada badan macam ini. Tak kira jantan atau betina. Semua suka. Aku pun suka tengok badan yang berotot juga. Tapi nak buat macam mana. Otot aku macam ini saja. Bersyukur lah Ikhwan. Otot tak ada pun kisah apa. Tapi sampai bila aku mahu mengkedingkan diri. Sampai ke tua lah jawabnya. Cemburu juga tengok badan kawan seorang ni naik. Cantik pula. Tak mengapa lah. Dah kahwin nanti naik juga lah badan aku. Jangan mara ke hadapan sudah. Bayangkan kalau aku yang keding ini bersenam. Apa akan jadi? lagi slim lah agaknya. Aku cuba makan banyak. Mungkin badan tak dapat terima. Jika dua kilogram aku makan, sejam dua kemudian terkeluarlah dua kilogram tersebut. Haih, ini lah namanya nasib badan.

No comments:

Post a Comment