Monday, February 08, 2010

Hidup tak pernah tak adil.

terjaga dari tidur sebab susah nak tidur. Baca OB sekali imbas terus bosan. Rasanya, masa-masa begini paling afdhal untuk menulis. Oh, rasanya, ada orang yang mula mempertikaikan tentang azam aku mahu bersolat. Kenapa ya? Bersolat di sini bukan mahu menunjuk. Nak baiki diri, naikkan pahala dan kurangkan dosa. Memanglah tak sempurna, tak cukup lima waktu sehari suntuk. Tapi ada juga kan dari tak ada? Bagi aku, azam mesti mula dengan perlahan-lahan kayuh. Kalau terlalu laju, hujung-hujung nanti penat, tak boleh buat apa. Jadi, baru bulan kedua, dan boleh kata ada juga lah dalam sebulan. Tak macam dulu-dulu. So, macam tak adil lah nak berkata pada tempoh jagung ni. Tunggu lah paling kurang setahun dua. Tapi kalau mahu cakap jugak peduli apa. Cukup bagus aku mahu mula sendiri.

Tapi, jika mahu jadikannya adil juga, aku diam tak boleh cakap apa. Memang wajib, tapi dah malas, malas lah juga. Aku suka tekan part ni. Janji ada kan dari tak ada? Dan tak salah juga try mencuba. Kalau-kalau melekat, untung tuan punya badan sampai bila-bila. Kalau tak lekat, buatkan lah sampai lekat juga. Aku rasa tak elok juga berkata-kata pasal orang yang nak baiki diri. Nanti luntur semangat pula. Tapi aku kuat. Grr.

Oh, tadi kelas OM dengan Miss M. Aku rasa Miss M sama macam azfar rakan lama yang akrab lah juga. Dialah pensyarah pertama yang menyalahkan buku. Azfar pula lagi hebat. Sepandai-pandai kalkulator, dia lagi pandai sampaikan dia cakap kalkulator salah. Dia unik. Semua tempat dia ada kawan. Dari Malaysia sampai lah ke Scotland. Aku tak tahu sama ada aku harus berasa bangga atau tidak sebab ada kawan yang kenal semua orang. Maksud aku, semua orang.

2 comments:

  1. jurukopi, salah tu.hidup tak pernah tak adil.maksud dia, hidup memang adil

    ReplyDelete