Saturday, February 20, 2010

Ni la orang panggil 'Si sempurna jatuh dari langit'

Dua puluh satu tahun aku hidup, baru sekarang aku tahu. Dalam banyak-banyak makhluk Tuhan cipta, perempuan yang paling susah nak faham. Tidak semua, hampir separuh rasanya. Ditambah pula dengan anasir luar, provokasi dan tahap kematangan yang rendah. Tak perlu disangkal lagi. Semua tahu macam mana kalau perempuan mula bergaduh. Lebih teruk dari lelaki bergaduh aku rasa. Hal yang aku rasa sekecil puting. Tak berbaloi kau nak besar-besarkan dan memalukan individu tertentu. Anasir luar yang campur tangan pula dari puak yang tak dikenali. Kenapa perlu campur tangan.

Bermulanya pada isu bahasa perkataan ataupun quotation. Ini sangat subjektif sehingga ayat atau perkataan itu telah didaftarkan bagi pihak masing-masing. Selagi itu, ia milik semua orang. Dan jelas sekali, maksud berlainan. Bukan kau saja boleh gunakannya. Perkataan seperti 'wtf' 'fyi' atau sebagainya, tidak wajar diketengahkan. Inilah yang dikatakan bahasa siber dan bahasa siber ini bukannya salah satu dari jenayah siber. Orang matang tak akan, oh tidak, tak mungkin akan bangkitkan isu ini. Jadi aku rasa, semua orang yang matang dapat fikir serasionalnya tentang alasan yang kau ketengahkan. Isu curi ayat yang tak berdaftar? Lemaulah. Isu tiada kehidupan (tiada life) pula. Balik-balik perkataan ini yang selalu aku jumpa di mana-mana saja. Cuba fikir ini. Kau kata, kenapa perlu dia terasa jika dia tidak curi bukan? Baik, dengar sini pula. Pertamanya, kau komen dan cemuh dia. Jadi, cemuhan itu yang tak dapat dielakkan. Kau suka bila dicemuh? Aku akan padam post ini jika kau berani buat pengakuan bahawa kau suka apabila dicemuh.
'I dont need a blog to tell my shit to people' kata kau? Dan 'Only someone who has no life lie you would have a blog' pun kau kata juga. Ini mengundang. Bodohnya. Aku jumpa blog kau lah wahai Si Sempurna. Hebat bukan. Terima kasih kepada Google. Aku juga tidak arif berbahasa, cuma mampu tulis dalam bahasa Malaysia sahaja. Tapi aku rasa bahasa ini boleh terus ke hati tanpa perlu melalui telinga. Isu layout pula. Kenapa mahu diperbesarkan? Isu ini boleh diketengah JIKA kau yang mereka layout itu. Jelas sekali tidak sebab kau tak tahu. Macam ini lah, layout di situ banyak, dan terpulang kepada semua orang, dan maksud aku semua orang untuk memilih. Sepuluh peratus kemugkinan adalah sama, dan kau tak boleh buat apa. Rasional atau tidak kau nak jadikannya isu? Jika ada, bacalah term and condition-nya. Jika layout itu kau seorang punya saja, orang lain tentu tidak boleh ambil. Dan sepanjang aku tahu blog perempuan yang kau cemuh itu, dari pertama kalinya aku masuk, sehingga sekarang, layout sama dan tidak berubah. Pertama kali aku ke blog dia, pada penghujung bulan November. Kau mahu cerita apa? Baru bulan February kau masuk blog dia, terus menerus kau kata curi layout yadayadayada. Apa ni? Matang? Batang la. 'I dont need a blog to tell my shit to people' kata kau? Bodohnya. Aku jumpa blog kau lah. Hebat bukan. Terima kasih kepada Google :)

Kasihan. Dari paras rupa, kamu dari golongan yang celik pembelajaran. Pandai dalam segala bidang dan matang. Tapi dari paras rupa lah. Tak hairan lah semua puja. Yang seorang lagi, aku sarankan, janganlah berlebih-lebih. Aku takut kau akan menangis kemudian hari. Percayalah. Jika sementara ada masa untuk menebus silap, buat. Jangan sampai kau sudah menyesal, kau tengok muka aku sedang senyum sinis. Berderau jantung kau aku rasa.

Owh, kepada si 'terkantoi'. Nampak gayanya kau sudah jumpa kroni-kroni. Kroni lalang pula. Dan aku rasa mulut bau longkang sebatu jauh aku boleh bau. Tidak mengapa, cuma berhati-hati lah ya. Menyesal tau jika salah petik nama. Itu saja.

Singgah lah jika mahu berborak. Aku tunggu :)

4 comments:

  1. lilin sedang mencair ;)
    **tak tahu knapa cakp ini .. haha

    ReplyDelete
  2. sempurna ke? ohh maybe pada pandangan mata orang yang buta. hakikatnya, mental sangat cacat :)

    ReplyDelete
  3. I know i'm far away and I'm not related concerning this matter but I do blog to your gf's blog sometimes and I heard bout 'that' story. Realiti pelajar di Malaysia ke realiti rakyat Malaysia ada sikap mcm tuh??

    Macam2 dunia nih

    ReplyDelete