Friday, February 05, 2010

'P' itu pantas.

Tadi pagi pergi ke Cheras untuk ujian memandu dengan JPJ. Hasilnya, cukup ringkas. Ujian tu macam kanak-kanak belajar membaca. Halus sangat. Bongkaknya aku. Dan dengan ini, secara rasminya dimaklumkan, aku bukan lagi seorang noob. Minggu depan dapat lesen dan tak tahu apa dan kemana aku dan sayang akan pergi. Ujian tak penat macam selalu digebang-gebangkan orang ramai. Cuma haba dan panas terik pagi tadi cukup mencabar. Pakcik dan makcik penguji pula memang satu fesyen. Cakap lah apa pun, pasti mereka melantun. Tapi aku faham. Kerja menguji banyak kerenah. Dengan makcik seorang ni hidap barah.

Tapi satu saja. Aku ingat apa yang makcik ni pesan, atau boleh kira nasihat. Eh, tak. Kenyataan mungkin. 'Seorang mak mampu bela sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak, belum tentu dapat bela seorang mak'. Betul bukan?

Baru selesai melepet dengan rakan dan aku telah dikenakan. Haha. Tahniah. Siamang punya Naemah. Tak mengapa, aku akan kenakan kau pula. Tunggu ya. Satu azam sudah selesai. Yang lain ingin dicapai juga, tapi tunggu saja. Terfikir juga. Kalau mahu mula sesuatu yang baru untuk dipanggil azam, aku rasa tak perlu tunggu pada mulanya tahun baru atau pada hari kemerdekaan, atau yadayadayada. Boleh saja mulakannya pada tika itu bukan? Tapi tak semua macam itu. Terpulang lah.

No comments:

Post a Comment