Tuesday, December 14, 2010

Semua Yang Kena Tahu Pasal Perempuan.

1. Perempuan tak semuanya sama. Jangan sesekali samakan layanan yang sama untuk semua perempuan. Buatlah sesuatu yang berbeza dan betul-betul TUNJUKKAN. Buang ego dan malu semua, cuma tunjukkan saja. Baru semuanya akan berbeza juga dan sangat-sangat bermakna untuk dia.

2. Jangan sesekali tipu. tak baik, berdosa. Bukan kepada dia, kepada sesiapa saja-lah. Sebab lepas tu, semua serba tak akan kena. Percaya lagi tu memang tidak-lah. Makin lama makin kurang. Tak ada lagi sayang. Mungkin ada, tapi kurang. Bagitahu secara terperinci. Tak akan jadi apa-apa punya. Semua orang akan faham.

3. Jangan pernah sesekali lalai. Jangan sampai bagi dia rasa terabai. Nanti rasa istimewa tu hilang. Paling kurang pun, 60% daripada fokus, perlu kepada dia. Bukan orang lain. Sebab perempuan tak akan bagitahu semua. Kita yang kena cari. Perempuan tak bagitahu sebab itu bukan kerja dia. Kerja orang lelaki yang paling mencabar sebenar-benarnya

4. Berusahalah untuk orang yang tersayang. Usaha kena tunjukkan. Kalau tak tunjuk, orang tak akan tahu. Tunjukkan, keluarkan semua. Tak salah untuk orang yang tersayang. Biarlah orang mahu cakap apa. Janji kita yang bahagia bukan mereka.

5. Pujuk perempuan sepujuk-pujuknya. Perempuan sangat perlukan. Gedik jika perempuan pujuk lelaki sebenarnya. Jangan cuma bersahaja. Pujuk dia sampai dia nampak usaha untuk memujuk dia. Baru hasilnya memuaskan.

6. Perempuan suka jika lelaki mereka tidak ikut sepenuhnya telunjuk orang lain. Macam yang aku kata, mereka perlu kelainan. Kelainan yang akan membawa MAKNA yang dalam. Ramai orang kata terlalu mementingkan teman mereka. Bagi aku, tak apa, sebab aku faham kenapa. Pentingnya sebab kau tahu kau akan dengan dia selamanya.

7. Sweet tu kena ada. Ada orang geli dengar, tapi untuk si dia, bermakna kalau diulang sampai bila-bila. Siapa yang tidak suka. Kalau orang yang badan sado-sado (tough) pun, bila dah sampai manis-manis, tetap cair juga. Inikan perempuan pula.

8. Fahami lah perempuan sedalam-dalamnya. Jangan terlalu lurus sebab kebanyakkan lelaki memang lurus. Jika kita bersungguh-sungguh untuk faham perempuan, mereka akan sepuluh kali bersungguh untuk faham kita. Perempuan sebenarnya lagi hebat dari kita, bukan dari segi fizikal, tapi lebih kepada mental dan rohani.

9. Jangan lah sampai curang. Jgan ada orang ketiga. Semua orang tak suka. Sebab tu lah punca semuanya tamat. Tak akan ada peluang kedua mahu pun ketiga.

Bersungguh-sungguh lah untuk buat semua ini. Percaya la, semua benda akan sempurna. Jika berbaloi untuk dikejar, kejarlah sehabisnya. Jangan sampai semuannya hancur, baru tak jadi apa. Macam mana aku tahu semua ni? Sebab aku pernah gagal semuanya, kecuali no.9. Aku tak nak gagal lagi. Baru boleh jadi lelaki ini.


5 comments:

  1. nelajar dr kesilapan. memang bnar. itu yg kebnykan perempuan mahukan tetapi itu jugalah lelaki jrg melakukan.

    ReplyDelete
  2. kenapa mesti lelaki yg kne wat suma 2?ada yang btol yg anda cakapkan,..tapi ada juga yg saya tidak bersetuju..saya lelaki...llk juga perlu di layan cm wanita..llk n wanita sama..ad hati,ada perasaan.masing2 dr tanah...so,tidak ada beza knp lelaki tak boleh trima lynn cam pmpuan....yg perlu ada cme respect each other,buang ego n have a gud communication..:)

    ReplyDelete
  3. lelaki kena mula sebab dah jadi lumrah. dah lumrah ego perempuan lagi tinggi dari lelaki, dah lumrah lelaki kejar perempuan. itu saja. memang ada perempuan yang cari lelaki. cuma satu dalam seribu. ini semua dari pengalaman. bukan setahun dua. dah lama

    ReplyDelete
  4. Czyniłoś co umiałoś i może to się powtórzyć więc jeśli pragniesz przestać sobie szkodzić działaj z namysłem i ostrożnie ucząc się tego co będzie dla Ciebie pożyteczne.

    ReplyDelete
  5. Backlink Building by birool - We will need 250+ back link building for one of our travel related websites

    ReplyDelete