Tak tahu apa yang baru saja jadi.
Realiti yang tak tahu macam mana nak percaya lagi.
Harap-harap janganlah berhenti sampai sini.
Sebab rasa sayang dan segala mak nenek ada lagi.
Berapa laju kilat boleh sampai ke bumi?
Macam tu-lah macam-macam benda boleh jadi.
Dari sehari ke sehari.
Sampai semua benda dah takda makna lagi.
Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Terima kasih untuk semua benda yang banyak sekali.
Bukan bermakna kita tak jumpa lagi.
Dan bukan makna kata kau aku lupai.
Cuma kau mahu bersendiri.
Tak mengapa aku kena fahami.
Aku tak mahu tipu lagi.
Dari aku tipu kau baik aku tipu diri sendiri.
Macam mana boleh jadi macam ni.
Harap kita tak akan pernah macam ni.
Tapi benda dah jadi.
Harap kau gembira bila aku undur diri.
Seketika saja bukan sampai mati.
Harap juga untuk kita bahagia macam Dato' K dan Siti.
Aku sayang kau. Kau tahu kau siapa.
No comments:
Post a Comment